Monday, July 19, 2010




Kepada semua pembaca blog di harap semua sihat hendaknya. Disini saya ingin menulis serba sedikit tentang buku-buku yang saya telah baca dan saya juga ingin berkongsi cerita- cerita mengenai buku yang saya baca itu. Selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai islam, kita juga dapat memupuk minat membaca dikalangan rakyat malaysia.”Jadikan membaca budaya kita” adalah satu tema yang banyak digunakan oleh media massa untuk menarik minat membaca dikalangan kita. Di dalam Al-Quran juga ada menyebutkan di dalam surah Al-’Alaq ayat 1 yang bermaksud: ”Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. Ini menunjukkan di dalam Al-Quran juga ada mengatakan yang kita semua hendaklah membaca. Oleh itu, kita mesti memanfaatkan hidup kita di dunia in untuk membaca buku – buku yang berfaedah. Ini kerana, selain kita mendapat ilmu yang bermanfaat, kita juga dapat memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dari semalam. Oleh itu, kita sebagai rakyat malaysia hendaklah mengamalkan tabiat membaca ini dalam kehidupan seharian kita. Di sini juga saya ingin berkongsi tentang buku- buku yang berfaedah tidak kira buku tersebut di dalam bahasa inggeris, arab dan melayu. Di harap dengan perkongsian ini menjadikan kita sentiasa mengingati Allah dimana pun kita berada. Di dalam Al-Quran ada menyebut kita hendaklah sentiasa mengingati Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat ke 41 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman!Ingatlah kepada Allah, dengan mengingati (nama-Nya) sebanyak-banyaknya”. Dengan mengingati Allah juga hati kita akan menjadi tenang. Di dalam Al-Quran ada menyebutkan dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 28 yang bermaksud: ”(iaitu) orang- orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”. Semoga dengan pengisian mengenai buku- buku yang berfaedah yang saya akan kongsikan ini diharap dapat memperbaiki diri kita dan seterusnya dapat menjadi seorang muslim dan muslimah yang baik yang berjaya di dunia dan mendapat syurga Allah di akhirat kelak. Insya-Allah.


p/s kepada sesiapa yang ingin memberi komen mengenai penulisan saya sila beri komen anda untuk memperbaiki mutu penulisan saya di blog ini. Doakan saya terus istiqamah dalam memberikan ilmu yang berguna di dalam hidup ini untuk dikongsi bersama.

Read More......

Let's Read!!

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...