Sunday, April 24, 2011

Pengisian ta’alim :Mencari Redo Allah




Assalamualaikum kepada pembaca blog sudah lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini, di sini saya ingin kongsikan sedikit tentang pengisian-pengisian yang saya dapat dari majlis-majlis ilmu yang saya hadiri. Saya berasa rugi pula kalau saya tidak kongsi kan kepada pembaca blog semua. Sila ikuti pengisian yang saya dapat dalam sebuah majlis ta’alim.

Dipermulaan majlis ta’alim pengisi memulakan majlis dengan Umul kitab Al-Fatihah

Kita buka majlis dengan Umul Kitab Al-Fatihah

Assalamualaikum kepada semua yang datang pada hari ini, selawat dan salam keatas nabi kita junjugan besar kita nabi Muhammad iaitu Murabbiah kita yang paling agung , bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya kita dapat berjumpa dalam majlis ta’alim ini. Semoga dengan ini kita sama-sama dapat mendekat diri kita kepada Allah dengan kedatangan kita ke majlis-majlis ilmu sebegini Insya-Allah.

Semoga Allah juga sentiasa bersama-sama kita dalam setiap saat kita di majlis ini. Kerana apa? Kerana setiap langkah-langkah kita Insya-Allah akan dikira oleh Allah. Cuba kita lihat surah An-Nisa’ ayat ke 40 :

”Sungguh ,Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah , dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya”[QS An-Nisa’ 4:40].

Cuba kita renung-renungkan ayat ini sekalipun sekecil zarah, amalan kita akan di hitung tidak kira sama ada baik atau buruk. Di dalam surah yang lain iaitu surah Az-Zalzalah ayat ke 7 dan 8:

” Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya”.”Dan barang siapa mengerjakn kejahatan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat (balasan)nya [QS Az-Zalzalah 99: 7-8].

Di sini jelaslah Allah akan menghitung amalan kita walaupun sebesar zarah. Disini juga diharapkan kedatangan kita disini adalah ikhlas semata-mata kerana Allah, dan bukan kerana lain-lain. Dan juga hanya untuk mencari redo Allah semata-mata seterusnya dapat memperbaiki diri untuk menjadi hamba yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Mengapa ikhlas ini penting? Cuba kita lihat surah Al-Bayyinah ayat 5:

”Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah, dengan ikhlas menaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus(benar)”
[QS Al-Bayyinah 98 :5].
Dalam surah lain kita boleh iaitu dalam surah An-Nisa’ ayat ke 146:

”Kecuali orang-orang yang bertobat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang –orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang beriman”[QS An-Nisa’ 4:146].

Melalui dua ayat ini kita dapat lihat ,ikhlas ialah mengerjakan amal ibadah semata-mata kerana mengharap keredoan Allah S.W.T. Kita lihat surah Al- Baqarah ayat ke 112

”Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”[QS Al-Baqarah 2:112].

Dan jelaslah melalui ayat ini apa yang dikatakan dengan ikhlas tadi iaitu mengerjakan sesuatu semata-mata kerana Allah. Ikhlas dan redo ini tidak bercampur dengan syirik. Sebagai contoh apabila kita diberi nikmat oleh Allah berupa kerjaya yang bagus contohnya cikgu,engineer dan sebagainya ,kita janganlah jadi orang yang sombong seperti dalam surah Luqman ayat ke 18:

”Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri”[QS Luqman 31: 18].

Disini kita lihat Allah tidak menyukai orang –orang yang sombong dan hendaklah kita menjadi orang yang rendah hati di dalam surah Al-Furqan ayat ke 63:

”Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan ,”salam ”. ( Al-Furqan 25:63).

Jadi disini kita lihat, kita jangan bangga dengan apa yang kita ada seperti rumah besar,suami gaji besar dan sebagainya. Kita jangan bangga dengan itu semua, semuanya adalah milik Allah Tuhan Semesta Alam. Di sini hendak diingat lagi sekali,kita buat sesuatu hendaklah ikhlas dan untuk mendapat redo Allah sahaja. Jikalau kita di uji sekali pun, kita tidak akan menyalah kan Allah. Kita akan terima ini adalah ketentuan ini adalah dari Allah. Dan seterusnya,kita akan buat yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri daripada ujian-ujian yang didatangkan oleh Allah. Dan ujian-ujian tesebut juga adalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih matang dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Jikalau kita belajar kerana ingin mencari redo Allah, Inysa-Allah ilmu kita berkat ,rezki yang kita dapat dari perkerjaan kita berkat dan seluruh kehidupan kita menjadi berkat. Kita tak mahu menjadi seorang yang mempunyai kerjaya tetapi mengambil rasuah. Seperti dalam berita baru-baru ini seorang hakim mahkamah syariah mengambil rasuah. Sedangkan hakim mahkamah syariah mestilah seorang yang mempunyai banyak ilmu agama dan tahu hukum-hukum agama tetapi membuat sesuatu yang dilarang oleh Allah. Kita tak mahu jadi macam itu. Sebab itu,kita check balik niat kita, kita belajar kerana apa? Kerana untuk mencari redo Allah. Jikalau kita berpegang teguh dengan agama Allah, perkara sebegitu tidak akan terjadi. Jadi kita ikhlaskan niat kita balik iaitu untuk mencari redo Allah dalam keseluruhan kehidupan kita, baik belajar,berkerja, dan berkeluarga nanti Insya-Allah. Kita niatkan seluruh kehidupan kita hanya untuk Allah dan mencari redo Allah. Insya-Allah keseluruhan hidup kita akan diberkati oleh Allah hingga ke akhir hayat kita nanti dan mendapat syurga Allah di Akhirat kelak.

Rasanya itu sahaja yang ingin di sampaikan pada hari ini. Diharap dengan peringatan yang sedikit dapat kita sama-sama amalkan dalam kehidupan kita seharian dan kita sampaikan kepada orang lain, Insya-Allah. Yang baik itu datangnya dari Allah yang buruk itu datangnya dari diri sendiri, apapun kedua-duanya datangnya dari Allah, semoga pertemuan kita bukan sampai disini sahaja, kita akan ada pertemuan-pertemuan lain yang akan lalui.Insya- Allah tidak ada apa-apa lagi, kita tutup majlis dengan tiga kali tasbih kifarah dan surah Al-’Asr. Sekian Wasallam...

Pengisi mengahiri pengisian dengan membaca tasbih kifarah dan surah Al-’Asr.

Sila ikuti pengisian-pengisian yang lain yang saya akan postkan didalam blog ini. Selamat membaca...

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...