Thursday, May 23, 2013

Kursus Bina Guru Siri 2 Part 2


Pengajaran Teknik Nabi
Teknik cari kebaikan+ puji kebaikan tersebut + sebutkan impaknya.


Ketika ustazah Siti Khadijah masuk ke kelas 5 Dedikasi, didapati murid-murid sudah hilang semangat untuk meneruskan aktiviti Hasil Kreatif sempena Program Maju Diri pada hari tersebut. Aktiviti tersebut mengkehendaki setiap kumpulan menghasilkan seberapa banyak hasil kreatif dengan menggunakan kertas putih. Inilah respon murid: “Susahlah cikgu, saya sudah tidak tahu mahu buat apa”. “Yalah, cikgu. Kitaorang sudah tak ada idea.” “ Tak seronoklah buat benda ini. Bukan dapat apa pun. Kita buat kerja sendiri jelah.”

Dalam situasi ini, self-esteem murid berada pada tahp yang rendah. Mereka tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri yang dapat mendorong diri mereka agar tetap beljar atau meneruskan kerja-kerja yang yang diarahkan guru. Bagi menaikkan self-esteem murid-murid, ustazah Siti Khadijah tidak melakukan perkara-perkara berikut:

- Tidak memarahi mereka dengan berkata, “Kamu ini bagaimana? Dari tadi guru kamu masuk menjalankan aktiviti, baru satu hasil kreatif kamu?” (Salah)
- Tidak kritik mereka dengan berkata, “Itulah, Lain kali guru mengajar pasang telinga. Lihat dan dengar bagaimana guru menerangkan. Barulah kamu faham dan tahu apa yang bakal kamu hasilkan. Ini tidak, setengah jam guru kamu berada di dalam kelas kamu tidak dapat apa-apa manfaat”.(Salah)
-Tidak menyiasat mereka dengan berkata, “Setengah jam pertama tadi, apa yang kamu buat? Sehinnga sekarang ada kumpulan yang langsung tidak membuat hasil kreatif? Kamu main ya?” (Salah)

Sebaliknya, beliau bina keyakinan murid-murid dengan menaikkan self-esteem mereka yang sudah hampir padam. Cari kebaikan yang ada pada murid-murid. Sebaik menemui kebaikan mereka, puji dan dorong mereka menggunakan Teknik Nabi Muhammad.

Bersambung…

Read More......

Wednesday, April 24, 2013

Kursus Bina Guru Siri 2 Part 1




Pengajaran Teknik Nabi Muhammad SAW
Kajian Tim Psikologi Hadis
Perkongsian Oleh Ustazah Siti Khadijah Blogspot

1)Teknik Memberi Ganjaran
2)Teknik Memberi Markah Dorongan
3)Teknik Pujian Gaya Nabi
4)Mendidik Tanpa Menegur Kesalahan
5)Teknik Menyelesaikan Pergaduhan





Pengajaran Teknik Nabi
Teknik Memberi Ganjaran,Teknik Memberi Markah Dorongan Dan Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad

Ustazah Siti Khadijah diminta oleh pihak penguruan sekolah untuk masuk kelas relief. Sebaik masuk ke dalam kelas, beliau berdiri dihadapan murid-murid berdekatan dengan meja guru. Didapati murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan sedang sibuk dengan aktiviti diberikan oleh guru sebelum ini. Mereka tidak begitu mengendahkan kehadiran beliau. Ada yang masih sibuk dengan kertas-kertas putih di atas meja mereka, ada juga yang sedang bercakap dengan rakan-rakan, dan ada yang buat hal sendiri. Hanya beberapa orang murid sahaja yang berdiri untuk memberi salam (itu pun berdiri dalam keadaan malas-malas sahaja).



Ketika ketua kelas mula mahu mengucapkan salam,saya segera menunjukkan isyarat tangan lima jari supaya beliau menunggu. Ketua kelas tersebut segera faham isyarat yang diberikan. Dia memandang saya yang tidak berkata sepatah perkataan pun. Saya masih diam sambil memandang semua murid di dalam kelas satu persatu dengan memek muka yang menunjukkan saya tidak senang dengan perlakuan mereka ketika saya masuk. Pada mulanya, mereka masih seperti di awal-awal saya masuk ke kelas tadi. Barangkali kerana saya mendiamkan diri agak lama, mereka mula berdiri.

“Woi, cikgulah! Berdiri betul,” “Woi, ada cikgu dekat depan! Bangunlah.” Beberapa orang murid bersuara menyuruh rakan-rakan mereka berdiri. Saya masih memerhati dari meja guru dalam situasi mendiamkan diri.


Saya tidak tegur perbuatan murid-murid yang tidak menghormati guru dengan melakukan perkara-perkara di bawah:
- Saya tidak memarahi murid-murid dengan berkata, “ Berdiri betul-betul! Kamu tidak nampakkah saya sudah masuk?
-Saya tidak menasihati murid-murid dengan berkata, “Berdirilah betul-betul apabila melihat guru kamu masuk ke dalam kelas.”
-Saya tidak mengkritik dengan berkata,“ Kamu ini sudah darjah lima, takkan berdiri betul ketika guru masuk pun kamu tidak tahu.”

Sebaliknya, saya mengaplikasi Teknik Memberi Ganjaran berdasarkan hadith Bersin. Sebaik semua murid berdiri memandang saya yang berada di hadapan kelas, saya memilih satu kumpulan yang berdiri tegak dan betul. Lalu berkata, “Inilah cara berdiri yang betul bagi murid-murid apabila seorang guru masuk ke dalam kelas. Kumpulan ini semua ahlinya berdiri tegak memandang ke arah guru tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti hati guru. Mereka tahu cara menghormati dan meraikan guru yang masuk ke dalam kelas. Tahniah buat kumpulan ini. Saya berikan tiga bintang untuk kumpulan ini.”

Teknik Memberi Ganjaran:

  1. Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan betul

    Satu kumpulan murid berdiri betul sambil memandang ke arah guru. Saya memberikan ganjaran kepada mereka atas kerja yang dilakukan iaitu berdiri betul dengan mengumumkan kepada semua murid di dalam kelas. “Inilah cara berdiri yang betul bagi murid-murid apabila seorang guru masuk ke dalam kelas. Kumpulan ini semua ahlinya berdiri tegak memandang ke arah guru tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti hati guru. Mereka tahu cara menghormati dan meraikan guru yang masuk ke dalam kelas.” Saya juga memberikan mereka ganjaran berbentuk markah dorongan dengan berkata, “Tahniah buat kumpulan ini. Saya berikan tiga bintang untuk kumpulan ini.”
  1. Kerja yang di buat dengan baik dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran.

    Murid-murid yang tidak berdiri dengan betul tidak diumumkan nama kumpulan mereka dan mereka tidak memdapat markah dorongan berupa bintang.

  2. Apabila kerja dilakukan secara terbuka, maka ganjaran juga diberikan secara terbuka.
           Perbuatan satu kumpulan murid di dalam yang berdiri dengan cara yang betul dilakukan
           di tempat terbuka( ada orang nampak) iaitu di dalam kelas, saya memberikan ganjaran
           kepada mereka juga secara terbuka. Kata -kata saya dapat didengar oleh semua murid.

  1. Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.
         Murid-murid yang tidak berdiri dengan betul tidak saya tegur, marahi, nasihati atau kritik.
         Sebaliknya,saya diam sahaja. Impak daripada kata-kata ganjaran yang diberikan tadi,
         murid-murid dalam kelas tersebut yang tidak berdiri dengan betul mrnyedari kesilapan mereka.
         Mereka mula berdiri sama seperti kumpulan yang diumumkan tadi.

        Sebaik melihat mereka berdiri betul, saya puji mereka menggunakan Tenik Pujian Gaya Nabi
        pula. Saya berkata, “Bagus! Kumpulan ini juga sudah berdiri dengan cara yang betul. Wah,
        nampaknya semua kumpulan sudah berdiri dengan cara yang betul sebelum memberi salam!
        Ini satu perkara yang mengembirakan. Ustazah kagum. Kamu cepat faham dan belajar. Kalau
        begini,tentu apabila kita belajar akan mudah faham. Ustazah berikan setiap kumpulan tiga
        bintang.” Murid-murid 5 Dedikasi tersenyum suka mendengar kata-kata saya. Mereka berdiri
        tegak sehingga selesai salam diucapkan. Malah,ketika saya mahu keluar daripada kelas
        setelah tamat waktu mengajar, mereka segera berdiri dengan betul tanpa perlu disuruh berdiri.
        Alhamdulillah..


Hadith rujukan:

  1. Hadith Bersin (Teknik Memberi Ganjaran)
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang berbunyi begini,Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Dia melaporkan pristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan, “Yarhamkallah.” Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak didoakan oleh Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata. “Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?” Nabi Muhammad SAW menjawab, “Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilliah.


  1. Hadith Salam (Teknik Markah Dorongan)

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang leleki datang mendekati Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad SAW berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad SAW berkat , “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad SAW berkata, “Dia mendapat 30 pahala.”- Hadith No 2689 dalm kitab Shahih Sunan Tarmizi.

  1. Hadith 12 Malaikat (Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad)
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiron thoyiban mubarakan fih'. Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?”. Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?. Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata , “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.”Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”-Hadith No 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Read More......

Sunday, April 7, 2013

Pengalaman saya 4


Mengajar di Sekolah Rendah Islam



Cara-cara untuk mengajar murid darjah  2

Bagi mata pelajaran Al-Qur’an (Mukaqqadam)

-Mulakan dengan Al-Fatihah dan Doa belajar  dan memulakan dengan ucapan motivasi
-Cara untuk mengarahkan pelajar keluar kelas dengan teratur: pesan supaya jangan berlari dan mulakan dengan tempat duduk di hadapan keluar kelas dengan berbaris hingga ke belakang dan guru mengikut di belakang murid.
-Guru menyuruh murid duduk berbaris dengan betul di surau dengan saf yang betul.
-Guru menyuruh murid membaca 3/3/3
-Guru menyuruh murid perempuan membaca 3x
-Guru menyuruh murid lelaki membaca 3x
-Guru membetulkan  sebutan yang salah   اذ
-Guru menyuruh murid berbaris menghadap lelaki dan perempuan.

Bagi mata pelajaran Hafazan

-Guru menyuruh murid lelaki dan perempuan menhafaz bersama-sama dengan melihat buku.
-Guru menyuruh murid lelaki dan perempuan menghafaz tanpa melihat buku.
-Guru meminta pelajar lelaki bangun dan guru akan semak 4 orang sekali baca..siapa yang tidak hafaz berdiri sampai hafaz.

Bagi mata pelajaran Ibadah

-Guru memulakan dengan bacaan surah bagi memastikan murid bersedia.
-Guru memberikan sedikit motivasi
-Guru memulakan  pengajaran dan berdiri di tengah dan melihat murid mereka buat apa semasa pengajaran berlangsung.
-Guru mendenda pelajar membaca di hadapan bagi pelajar yang ngantuk dan bising.
-Guru memulakan pelajaran dengan membaca dan diikuti oleh murid dan di ulang 3x.
-Guru membuat nota dipapan putih dan meminta murid menyalinnya dalam buku coklat.
-Guru meminta murid jangan menghantar buku dahulu bagi yang dah siap di kuatiri murid akan bermain setelah itu. Minta murid hantar buku sama-sama dengan murid yang lain.

Pesan-pesan lain

-Psychology  budak , mereka  suka banyak bergerak, jadi sebagai guru kita gerakkan mereka dengan  menyuruh mereka membuat nota dalam buku coklat.

Read More......

Monday, March 18, 2013

Pengalaman saya 3

Mengajar di Sekolah Rendah Islam



Kaedah pengajaran berkesan

1)      Mulakan kelas dengan Al-Fatihah

2)      Ceritakan tentang motivasi contohnya: Guru pernah terjumpa anak yatim dibuang di tepi jalan , kasihan dia tidak ke sekolah tapi kamu semua beruntung sebab ayah kamu hantar ke sekolah dengan menaiki kereta lagi…ucapkan terima kasih tak kat mak dan ayah…TQ father and mother.

3)      Guru boleh mengemukakan syarat sepanjang pengajaran berjalan, jangan bercakap, jangan berjalan dan jangan cubit kawan…kalau buat..guru nak kamu berdiri…
4)      Apabila guru mengajar tajwid dan praktis, guru boleh menuliskan objektif pengajaran dahulu dan menunjukkan dengan gaya maksud idgam iaitu memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dengan menunjuk gaya memasukkan pen dalam poket baju.
5)       Selepas itu, guru boleh memberikan contoh  اذهب بکتابي dengan menyatakan bacaan yang salah (ada قلقله) di ikuti bacaan yang betul (masuk).
6)      Guru menutup pelajaran dengan soalan yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
7)       Untuk mengajar pelajar perlu dua kemahiran sahaja iaitu kawal pelajar dan mengajar. Jadi jika guru  dapat kawal pelajar, dia dapat mengajar dengan baik.


Pesan –pesan motivasi

1)      Bagi darjah 5 ibu bapa akan memerhatikan betul pencapaian anak-anak mereka berbanding darjah 2.
2)      Sebagai guru ,kita hendaklah mencari maklumat tambahan di internet, libry dan di mana saja untuk memperbaiki mutu pengajaran  kita.
3)      Bermohonlah kepada tuhan dengan membuat sembahyang hajat dan mohon dimudahkan segala-galanya. Banyakkan membaca Al-Qur’an supaya di mudahkan oleh Allah segala-galanya.

Nasihat untuk pelajar nakal

1)      Kamu tak kasihan ke kat kawan kamu yang nak belajar, berdosa tau kacau kawan kamu yang nak belajar …..nanti masuk neraka.
2)      Tugas mendidik adalah tugas ibu bapa, ibu bapa kamu bekerja, jadi tugas tersebut di pindah kepada guru, guru hanya membantu sahaja tugas ibu bapa.
3)      Kalau kita belajar agama malaikat turun..
4)      Main-mainlah, apa tujuan kamu datang ke sekolah, nak main-main baik tak payah datang sekolah.
5)      Matematik kalau fail tidak ditanyakan di akhirat tapi kalau agama kita fail (tak boleh sembahyang) ..pelajaran agama no 1.


Cara mengajar yang memberi murid sedar dengan sesuatu mata pelajaran:

 1)   Ilmu itu diberi dengan cerita (sirah nabi).
 2)   Ilmu tajwid dengan memberi maksud ayat Al-Qur’an  bagi pelajar seronok datang sekolah.

 Cara untuk mengawal murid dalam kelas:

1)       Cakap dengan murid kita ada 4 mata , 2 depan ,2 belakang (kita tengok sambil tulis dipapan putih dan panggil nama murid yang main..ahmad jangan main)
2)      Guru tidak akan memulakan kelas selagi kelas tidak senyap.
3)      Guru gunakan mata pandang di tempat pelajar yang bising, sampai dia senyap dan beri arahan ..jangan buat lagi..

Read More......

Monday, March 11, 2013

Pengalaman saya 2

Mengajar di Sekolah Rendah Islam




Cara-cara untuk mengajar murid darjah  5
Bagi mata pelajaran Al-Qur’an
-Guru hendaklah memesan kepada murid sebelum masuk kelas mesti ada wudu’.
-Mulakan kelas dengan membaca Al-Fatihah dan doa belajar.
-Murid di kehendaki mengambil Al-Qur’an di hadapan dan duduk di tempat masing-masing.
- Guru membacakan ayat Al-Qur’an diikuti murid dengan menerangkan mahraj huruf seperti ض
=tolak tepi gigi kanan , tanda waqaf ج= harus sambung, ح =pedas, اخفاء= dengung 2 harkat, ر baris bawah = nipis.
-Kemudian terangkan satu daripada  ayat Al-Qur’an berserta maksud.
-Suruh seorang daripada murid membacakan maksud ayat tersebut dan guru menerangkan dengan lebih lanjut.

Bagi mata pelajaran Hafazan
-Cek seorang –seorang daripada pelajar apabila telah menghafaz semua  surah An-Naba’ (1-20).
-1 hari dapat 3 orang yang telah menghafaz pun sudah memadai.
-Beri masa 10 minit untuk tasmid dengan kawan dan suruh ketua dan penolong kelas mencatat murid yang telah menghafaz dengan guru memberi kertas kepada mereka .
-Guru merekodkan hafazan murid di dalam buku hafazan.
-Bagi  murid yang telah menghafaz semua surah yang ditentukan, guru memanggil murid tersebut  dan menghafaz di hadapan guru sebagai bukti murid tersebut telah menghafaz surah itu dan murid itu boleh menyambung menghafaz surah yang lain.

Bagi mata pelajaran Tajwid

-Guru meminta seorang murid membacakan nama-nama mad yang ada dalam hukum tajwid di ikuti murid yang lain.
-Guru menulis nama-nama mad di papan putih dan meminta  murid membacakan nama-nama mad tersebut sampai mahir dan menyalin dalam buku tulis mereka.
-Guru-guru meminta murid membacanya bersama-sama dan  berulang-ulang kali sehingga mahir  menyebut nama-nama mad tersebut.



Bagi mata pelajaran Sirah
-Guru membaca pelajaran yang akan di ajar mengikut perenggan diikuti murid membacanya bersama-sama.
-Guru menyuruh murid bangun dan memberi soalan , siapa yang boleh jawab dia boleh duduk.
-Guru memberi jawapan dan meminta murid membuat soalan tersebut bagi perenggan yang lain pula.
-Guru bertanya soalan kepada setiap murid yang boleh membuat soalan .
-Guru membacakan diikuti murid unit yang seterusnya untuk  di sambung untuk minggu depan.


Bagi mata pelajaran Akhlak
-Guru meminta 2@3 murid membacanya diikuti pelajar lain.
-Guru meminta pelajar menghafaz 4 daripada adab dan menghafaz doa dan menyuruh murid semua berdiri dan siapa yang telah  menghafaznya boleh duduk.


Kawalan dalam kelas semasa mengajar  darjah 5
-Benarkan untuk keluar kelas untuk mengaji 2 lelaki dan 2 perempuan
-Bagi guru yang ingin mendenda pelajar bolehlah menggunakan denda yang bermanfaat seperti menyuruh mereka berdiri dan menghafaz doa ataupun adap yang telah dipelajari dan benarkan duduk apabila mereka telah  menghafaznya.(tak hafaz doa tak boleh duduk)
-Untuk menutup sesuatu pelajaran baca ramai-ramai pelajaran yang telah dipelajari.




Bagi mata pelajaran Ibadah
-Semasa guru mengajar niat ketika sembahyang waktu guru boleh mengajar lafaz dan kemudian menerangkan waktu bila kita kene melafazkan niat ketika kita melakukan sembahyang.
-Guru boleh menggunakan alat IT untuk menunjukkan praktikal ibadah

.
Kaedah pengajaran lain untuk darjah 5
-Baca ramai-ramai (guru baca murid ikut), baca ulang-ulang dan sama-sama jadi murid boleh ingat (kalau bising semasa belajar tidak mengapa).
-Guru menyatakan soalan dengan lisan  setelah mengajar pelajaran tersebut dan kemudian menulisnya dipapan putih.


Pesanan-pesanan yang lain
-Untuk darjah 2, guru macam kereta api kene pimpin mereka,  kalau kita baca dia ikut,untuk melihat mereka pandai membaca dan menulis.
-Untuk darjah 5, guru bebas, murid pandai berdikari, guru hanya beri arahan dan murid buat.
-Penentu untuk kejayaan seorang guru ialah peperiksaan. Jika pelajar lulus cemerlang berjayalah seorang guru itu mengajar anak muridnya, jika pelajar gagal, gagallah guru itu mengajar muridnya.
-Tugas guru ialah memindahkan buku kepada minda@ otak murid-murid  dengan cara apa pun tak kisah, asalkan ilmu dalam buku tersebut sampai di minda dan otak murid-murid. Dan murid-murid dapat ingat dan dapat jawab exam dengan baik.







Read More......

Monday, February 25, 2013

Kursus bina guru siri 1



Modul 1

Corak pembelajaran murid


1)      Konsep pembelajaran
-          Pembelajaran merupakan satu proses manusia mempelajari sesuatu . Pembelajaran  mempunyai beberapa peringkat yang bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran dan di akhiri dengan perubahan tingkah laku.
-          Pada asasnya, konsep pembelajaran yang berlandaskan teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada 4 mazhab yang utama iaitu mazhab behavioris, kognitif, social dan humanis.


1.1   Mazhab Behavioris
-          Berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan daya perubahan tingkah laku.
-          Menurut kajian dalam aliran ini, tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Proses pembelajaran
 ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
-          Kajian melalui tikus yang diberi 3 jalan  untuk mendapatkan keju. Jalan yang pertama ialah jalan yang ada perangkap dan jalan yang kedua ialah jalan yang ada halangan yang lain dan jalan yang ketiga ialah jalan yang ada sampah-sampah.  Tikus tersebut memilih jalan yang ada perangkap dan mati. Setelah itu dilepaskan tikus yang kedua. Tikus itu memilih jalan yang pertama dan melihat kawannya mati dan patah balik dan memilih  jalan kedua yang ada banyak halangan dan akhirnya tikus itu pergi memilih jalan yang terakhir dan akhirnya tikus tersebut dapat makan keju.

1.2   Mazhab kognitif
-Berpendapat  bahawa pembelajaran ialah sesuatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung dalam tingkah laku manusia.
- Dengan memahami objektif pembelajaran barulah manusia itu akan mempelajari sesuatu.
-Harus ada objektif yang hendak di capai semasa mengajar dalam kelas.


1.3   Mazhab sosial
-Tokoh dalam mazhab ini menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan, iaitu melalui proses pemerhatian dan peniruan.
-Murid akan meniru gaya guru dengan melihat tingkah laku guru semasa mengajar dalam kelas.


1.4   Mazhab Humanis
-Berpendapat pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaanya.


2)      Teori pembelajaran
- Teori ini merujuk prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan.
-Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara murid-murid belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.


2.1  Teori Pelaziman Klasik Parlor (Mazhab Behavioris)
-Pertama kali dikaji oleh seorang ahli Sains Rusia bernama Ivan .P.Parlor (1849-1936). Tentang seekor anjing yang diberi makanan setiap bunyi lonceng dan anjing tersebut menjelirkan lidahnya . Namun apabila bunyi loceng tapi tidak diberi makanan anjing tersebut tetap menjelirkan lidah untuk menunjukkan isyarat hendak makan makanan.
- Dalam pembelajaran murid, teori pelaziman ini menunjukkan bahawa murid belajar melalui pengalaman daripada proses rangsangan dan respon. Misalnya kita ingin mengajar kanak-kanak berumur empat tahun mengenal huruf Alif. Dengan menyebut dan menunjukkan paparan huruf Alif secara berulang kali akan dapat mengenalkan murid tersebut dengan huruf Alif. Akhirnya apabila murid melihat paparan huruf berlainan (rangsangan), murid sudah boleh menyebut huruf Alif dengan betul dan fasih(respon)


2.2  Teori Pelaziman Skinner (Mazhab behavioris)
- Menurut skinner (1930), tingkah laku merupakan gerak balas yang dihasilkan daripada diri sendiri tanpa wujud sesuatu rangsangan.
-Dalam pembelajaran murid, teori ini menyatakan bahawa sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.


2.3 Teori Pembelajaran kognitif konler (Mazhab kognitif)
-Wolfgang kohler (1887-1967) dan kari koffka (1886-1941) adalah dua orang ahli psikologi German yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ke -20. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cimpanzi mula gunakan cara melompat-lompat, tetapi gagal mendapat pisang itu. Tiba-tiba dapat melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak dengan mendapatkan pisang tersebut.  Dalam pembelajaran murid, teori ini memberitahu kita bahawa seseorang murid itu mampu menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Guru hanya perlu menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. Guru digalakkan membimbing murid menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal dan praktikal/amali.


2.4 Teori Pemodelan Bandura (Mazhab Sosial)
-Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan. Beliau telah mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui proses pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, hasil pembelajaran dan peneguhan/motivasi.
-Dalam pembelajaran murid, teori ini menyatakan bahawa seseorang murid itu belajar dengan meniru nilai-nilai atau watak-watak yang ada di hadapannya. Oleh itu, disarankan guru mengambil peluang ini untuk menerapkan nilai-nilai dan watak-watak dalam diri murid-murid.


2.5 Pembelajaran menurut Imam-al-Ghazali
-Teori pembelajaran Imam al-Ghazali  (1058-1111) dapat dipelajari menerusi sentuhannya dalam kitab Ihya Ulumuddin. Imam al-Ghazali tidak menggunakan haiwan,manusia ataupun sebarang objek sebagai model. Sebaliknya ia kembali kepada al-Quran dan tujuan penciptaan manusia. Menurutnya pembelajaran manusia itu merujuk kepada hati manusia itu sendiri. Dengan mendiagnosis hati manusia barulah pengajaran terhadapnya dapat dijalankan dengan kaedah Islam. Penyakit hati yang dinyatakan ialah banyak makn,banyak bercakap, marah, hasad, bakhil, cintakan kemegahan, cintakan dunia, bangga diri, ujub (hairan diri) dan riya’ (menunjuk-nunjuk). Sifat –sifat mazmumah ini mesti diubati agar berubah menjadi sifat-sifat mahmudah. Kedua-dua sifat ini akan mewarnai tindakan dan tingkah laku manusia.


3)      Proses atau peringkat pembelajaran
Manusia menggunakan organ deria untuk memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka. Bermula dengan:
1)      Rangsangan –rangsangan dari persekitaran ,kemudian
2)      Organ-organ deria manusia digunakan untuk memilih rangsangan-rangsangan yang sesuai,kemudian
3)      Di proses dalam otak untuk
4)      Menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan
5)      Seterusnya diamalkan dalam sesuatu situasi yang sepadan. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran bolehlah diperlihatkan sebagai
6)      Perubahan tingkah laku manusia


3.1 Kesediaan  belajar
Kesediaan  belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor,emosi dan kematangan pelajar untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Seseorang individu tidak boleh di paksa untuk belajar sesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesedian belajar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah minat dan sikap, motivasi dalaman dan kemahiran asas/pengalaman.

Modul 2


Kemahiran pengajaran guru


1-      Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengatahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada  pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.


2-      Model-model pengajaran


2.1  Model Ekspositori
- Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci yang disampaikan secara langsung kepada murid-murid di dalam  kelas. Cara pengajaran adalah melalui penerangan, bercerita atau demontrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
- Dalam model ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.


2.2  Model  Proses Pengajaran
-Le Francois (1992) mentafsirkan pengajaran sebagai proses yang merangkumi tiga peringkat iaitu (1) peringkat sebelum pengajaran, (2) semasa pengajaran dan (3) selepas pengajaran.
Peringkat
Proses pengajaran
Keterangan
1
Sebelum pengajaran
-menentukan objektif dan maklumat.
-menentukan kesediaan pelajar.
-menentukan strategi pengajaran.
-menilai semula.
2
Semasa pengajaran
-melaksanakan strategi dan prosedur pengajaran.
3
Selepas pengajaran
-menilai semula keberkesanan strategi pengajaran.
-menentukan semula kesediaan pelajar.
-membuat pengubahsuaian.

2.3 Model  inkuiri
-Model ini merangkumi segala proses soal selidik atau kaji selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan. Contohnya “ bagaimana untuk mengatasi masalah sampah di sekolah?”


2.4 Model projek
-Model ini di jalankan selepas murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Misalnya, selepas murid-murid telah mempelajari riwayat hidup seekor katak, mereka boleh diberi projek memerhati dan merekodkan kelahiran anak katak dengan mengumpulkan telur atau berudu dalam kolam yang terdapat di alam sekitar.  Dengan menjalankan kerja projek ini, murid-murid akan dapat memperoleh pengalaman yang lebih luas, mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, jasmani dan social serta memperkukuhkan kemahiran-kemahiran yang mereka baru menguasai.


3-      Strategi pengajaran
-Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan pelajaran yang telah ditentukan dengan berkesan.
Klasifikasi strategi pengajaran adalah seperti berikut:
Bil
Strategi pengajaran
Keterangan kaedah dan Teknik
1.
Pemusatan Guru
Penerangan, demonstrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan, bercerita.
2.
Pemusatan Murid
Projek, inkuiri- penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, sumbangsaran, pembelajaran melalui pengalaman.
3.
Pemuatan Bahan
Audio-visual, penggunaan komputer , pengguanaan bahan cetak, modul, pengguanaan buku teks.
4.
Berasaskan Tugasan/Aktiviti
Melibatkan gerak kerja guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran, contoh, aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.(kotak beracun)

4-      Pendekatan mengajar
-          Dalam pendidikan ia bermaksud cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Pendekatan yang biasa diamalakan di sekolah-sekolah adalah seperti berikut:-
                                 i.            Penggabung jalinan beberapa kemahiran di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Contoh kemahiran adalah seperti membaca, menulis, menghurai, mengira,mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.(apa pandangan anda tentang….)
                               ii.            Penyerapan isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya penyerapan mata pelajaran sains dan matematik dalam pendidikan Islam.
                              iii.            Pengajaran induktif iaitu memulakan pengajaran dengan memberi beberapa contoh yang khusus. Kemudian minta murid-murid memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh tersebut. Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat membuat kesimpulannya sendiri.
                             iv.            Pembelajaran koperatif iaitu murid-murid belajar secara kerja sama. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk berbincang  menyelesaikan masalah atau menyelesaikan tugasan yang ditentukan oleh guru.

5-      Teknik Mengajar
-          Teknik mengajar merujuk kepada kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik mengajar yang menyeronokkan ialah:-
5.1 Belajar sambil bermain
5.2 Bercerita
5.3 Penyelesaian masalah
5.4 Perbincangan
5.5 Sumbangsaran
5.6 Demonstrasi
Kesemua aktiviti ini memerlukan kemahiran yang tersendiri agar dapat di jalankan dengan cara yang menarik dan berkesan.


Pengajaran –pengajaran lain:-
-          Banyakkan peneguhan
-          Banyakkan motivate
-          Contoh aktiviti (bangun duduk,bangun duduk,angkat tangan, kanan dan kiri)


Bagi guru-guru yang mengajar di sekolah, saya ingin kongsikan sedikit teknik-teknik mengajar murid-murid, semoga dengan ini dapat memperbaiki mutu pembelajaran kita semasa mengajar dalam kelas. Ini juga berguna untuk sesiapa yang ingin menjadi seorang guru..semoga bermanfaat..









Read More......

Sunday, February 24, 2013

Hadith 7





Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)



Diambil dari Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya) Karangan Mustafa ‘Abdul Rahman



Agama itu nasihat
-Nasihat  itu ialah yang mengandungi taat kepada Allah dan Rasulnya ,beriman serta beramal dengan kitabNya dan Sunah RasulNya.

Pengartian nasihat
-Memberikan nasihat bermaksud untuk memberi kebaikan kepada orang yang dinasihati.


Nasihat bagi Allah,kitabnya,bagi rasulnya.

Maksud nasihat bagi Allah
-Dengan beriman kepadaNya menurut pegertian yang sebenarnya serta mengahapuskan sama sekali sebarang sifat dan bentuk penyekutuan bagiNya dan beramal menurut yang diperintahkanNya, meninggalkan apa yang di larangNya, mengingati kebesaranNya,mensyukuri ni’matNya.

Maksud nasihat bagi kitabNya
-Dengan membaca ayat-ayatnya dengan cara yang betul,dengan memahami ertinya serta mencari rahsia dan hukumnya dan yakin bahawa kitabNya adalah pedoman hidup untuk selama-lamanya disegala tempat dan zaman.

Maksud nasihat bagi Rasulnya.
-Dengan membenarkan kerasulannya, mempercayai apa yang dibawanya, mematuhi suruhan dan larangannya, membela agamanya, memusuhi siapa yang melawannya, mencintai siapa yang mencintainya, menghidup perjalanan dan sunahnya pada diri dan dalam masyarakat.

Nasihat bagi Imam-imam kaum muslimin dan orang ramai.
Imam-imam kaum Muslimin ialah pemimpin-pemimpin, raja-raja, ulama’-ulama’, dan ketua-ketua pemerintahan Islam.

Maksud nasihat Imam-imam kaum Muslimin
-Dengan menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, tegur  mereka dengan cara yang sopan dan peringati mereka dikala mereka terlalai dari kewajipan, dan jangan di hasut  orang ramai supaya keluar dari barisan ketaatan yang membawa kepada kekacauan.

Maksud nasihat kepada orang ramai
-Dengan memimpin mereka ke jalan yang benar, saling hormat-menghormati, cinta mencintai, bersama-sama menjaga kemuslahatan hidup dengan menjauhi sifat-sifat yang membangkitkan fitnah dan permusuhan dan memahami bagi tiap-tiap seorang adalah anggota dalam masyarakat.

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...