Monday, March 18, 2013

Pengalaman saya 3

Mengajar di Sekolah Rendah Islam



Kaedah pengajaran berkesan

1)      Mulakan kelas dengan Al-Fatihah

2)      Ceritakan tentang motivasi contohnya: Guru pernah terjumpa anak yatim dibuang di tepi jalan , kasihan dia tidak ke sekolah tapi kamu semua beruntung sebab ayah kamu hantar ke sekolah dengan menaiki kereta lagi…ucapkan terima kasih tak kat mak dan ayah…TQ father and mother.

3)      Guru boleh mengemukakan syarat sepanjang pengajaran berjalan, jangan bercakap, jangan berjalan dan jangan cubit kawan…kalau buat..guru nak kamu berdiri…
4)      Apabila guru mengajar tajwid dan praktis, guru boleh menuliskan objektif pengajaran dahulu dan menunjukkan dengan gaya maksud idgam iaitu memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dengan menunjuk gaya memasukkan pen dalam poket baju.
5)       Selepas itu, guru boleh memberikan contoh  اذهب بکتابي dengan menyatakan bacaan yang salah (ada قلقله) di ikuti bacaan yang betul (masuk).
6)      Guru menutup pelajaran dengan soalan yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
7)       Untuk mengajar pelajar perlu dua kemahiran sahaja iaitu kawal pelajar dan mengajar. Jadi jika guru  dapat kawal pelajar, dia dapat mengajar dengan baik.


Pesan –pesan motivasi

1)      Bagi darjah 5 ibu bapa akan memerhatikan betul pencapaian anak-anak mereka berbanding darjah 2.
2)      Sebagai guru ,kita hendaklah mencari maklumat tambahan di internet, libry dan di mana saja untuk memperbaiki mutu pengajaran  kita.
3)      Bermohonlah kepada tuhan dengan membuat sembahyang hajat dan mohon dimudahkan segala-galanya. Banyakkan membaca Al-Qur’an supaya di mudahkan oleh Allah segala-galanya.

Nasihat untuk pelajar nakal

1)      Kamu tak kasihan ke kat kawan kamu yang nak belajar, berdosa tau kacau kawan kamu yang nak belajar …..nanti masuk neraka.
2)      Tugas mendidik adalah tugas ibu bapa, ibu bapa kamu bekerja, jadi tugas tersebut di pindah kepada guru, guru hanya membantu sahaja tugas ibu bapa.
3)      Kalau kita belajar agama malaikat turun..
4)      Main-mainlah, apa tujuan kamu datang ke sekolah, nak main-main baik tak payah datang sekolah.
5)      Matematik kalau fail tidak ditanyakan di akhirat tapi kalau agama kita fail (tak boleh sembahyang) ..pelajaran agama no 1.


Cara mengajar yang memberi murid sedar dengan sesuatu mata pelajaran:

 1)   Ilmu itu diberi dengan cerita (sirah nabi).
 2)   Ilmu tajwid dengan memberi maksud ayat Al-Qur’an  bagi pelajar seronok datang sekolah.

 Cara untuk mengawal murid dalam kelas:

1)       Cakap dengan murid kita ada 4 mata , 2 depan ,2 belakang (kita tengok sambil tulis dipapan putih dan panggil nama murid yang main..ahmad jangan main)
2)      Guru tidak akan memulakan kelas selagi kelas tidak senyap.
3)      Guru gunakan mata pandang di tempat pelajar yang bising, sampai dia senyap dan beri arahan ..jangan buat lagi..

Read More......

Monday, March 11, 2013

Pengalaman saya 2

Mengajar di Sekolah Rendah Islam




Cara-cara untuk mengajar murid darjah  5
Bagi mata pelajaran Al-Qur’an
-Guru hendaklah memesan kepada murid sebelum masuk kelas mesti ada wudu’.
-Mulakan kelas dengan membaca Al-Fatihah dan doa belajar.
-Murid di kehendaki mengambil Al-Qur’an di hadapan dan duduk di tempat masing-masing.
- Guru membacakan ayat Al-Qur’an diikuti murid dengan menerangkan mahraj huruf seperti ض
=tolak tepi gigi kanan , tanda waqaf ج= harus sambung, ح =pedas, اخفاء= dengung 2 harkat, ر baris bawah = nipis.
-Kemudian terangkan satu daripada  ayat Al-Qur’an berserta maksud.
-Suruh seorang daripada murid membacakan maksud ayat tersebut dan guru menerangkan dengan lebih lanjut.

Bagi mata pelajaran Hafazan
-Cek seorang –seorang daripada pelajar apabila telah menghafaz semua  surah An-Naba’ (1-20).
-1 hari dapat 3 orang yang telah menghafaz pun sudah memadai.
-Beri masa 10 minit untuk tasmid dengan kawan dan suruh ketua dan penolong kelas mencatat murid yang telah menghafaz dengan guru memberi kertas kepada mereka .
-Guru merekodkan hafazan murid di dalam buku hafazan.
-Bagi  murid yang telah menghafaz semua surah yang ditentukan, guru memanggil murid tersebut  dan menghafaz di hadapan guru sebagai bukti murid tersebut telah menghafaz surah itu dan murid itu boleh menyambung menghafaz surah yang lain.

Bagi mata pelajaran Tajwid

-Guru meminta seorang murid membacakan nama-nama mad yang ada dalam hukum tajwid di ikuti murid yang lain.
-Guru menulis nama-nama mad di papan putih dan meminta  murid membacakan nama-nama mad tersebut sampai mahir dan menyalin dalam buku tulis mereka.
-Guru-guru meminta murid membacanya bersama-sama dan  berulang-ulang kali sehingga mahir  menyebut nama-nama mad tersebut.



Bagi mata pelajaran Sirah
-Guru membaca pelajaran yang akan di ajar mengikut perenggan diikuti murid membacanya bersama-sama.
-Guru menyuruh murid bangun dan memberi soalan , siapa yang boleh jawab dia boleh duduk.
-Guru memberi jawapan dan meminta murid membuat soalan tersebut bagi perenggan yang lain pula.
-Guru bertanya soalan kepada setiap murid yang boleh membuat soalan .
-Guru membacakan diikuti murid unit yang seterusnya untuk  di sambung untuk minggu depan.


Bagi mata pelajaran Akhlak
-Guru meminta 2@3 murid membacanya diikuti pelajar lain.
-Guru meminta pelajar menghafaz 4 daripada adab dan menghafaz doa dan menyuruh murid semua berdiri dan siapa yang telah  menghafaznya boleh duduk.


Kawalan dalam kelas semasa mengajar  darjah 5
-Benarkan untuk keluar kelas untuk mengaji 2 lelaki dan 2 perempuan
-Bagi guru yang ingin mendenda pelajar bolehlah menggunakan denda yang bermanfaat seperti menyuruh mereka berdiri dan menghafaz doa ataupun adap yang telah dipelajari dan benarkan duduk apabila mereka telah  menghafaznya.(tak hafaz doa tak boleh duduk)
-Untuk menutup sesuatu pelajaran baca ramai-ramai pelajaran yang telah dipelajari.




Bagi mata pelajaran Ibadah
-Semasa guru mengajar niat ketika sembahyang waktu guru boleh mengajar lafaz dan kemudian menerangkan waktu bila kita kene melafazkan niat ketika kita melakukan sembahyang.
-Guru boleh menggunakan alat IT untuk menunjukkan praktikal ibadah

.
Kaedah pengajaran lain untuk darjah 5
-Baca ramai-ramai (guru baca murid ikut), baca ulang-ulang dan sama-sama jadi murid boleh ingat (kalau bising semasa belajar tidak mengapa).
-Guru menyatakan soalan dengan lisan  setelah mengajar pelajaran tersebut dan kemudian menulisnya dipapan putih.


Pesanan-pesanan yang lain
-Untuk darjah 2, guru macam kereta api kene pimpin mereka,  kalau kita baca dia ikut,untuk melihat mereka pandai membaca dan menulis.
-Untuk darjah 5, guru bebas, murid pandai berdikari, guru hanya beri arahan dan murid buat.
-Penentu untuk kejayaan seorang guru ialah peperiksaan. Jika pelajar lulus cemerlang berjayalah seorang guru itu mengajar anak muridnya, jika pelajar gagal, gagallah guru itu mengajar muridnya.
-Tugas guru ialah memindahkan buku kepada minda@ otak murid-murid  dengan cara apa pun tak kisah, asalkan ilmu dalam buku tersebut sampai di minda dan otak murid-murid. Dan murid-murid dapat ingat dan dapat jawab exam dengan baik.







Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...