Wednesday, April 24, 2013

Kursus Bina Guru Siri 2 Part 1




Pengajaran Teknik Nabi Muhammad SAW
Kajian Tim Psikologi Hadis
Perkongsian Oleh Ustazah Siti Khadijah Blogspot

1)Teknik Memberi Ganjaran
2)Teknik Memberi Markah Dorongan
3)Teknik Pujian Gaya Nabi
4)Mendidik Tanpa Menegur Kesalahan
5)Teknik Menyelesaikan Pergaduhan





Pengajaran Teknik Nabi
Teknik Memberi Ganjaran,Teknik Memberi Markah Dorongan Dan Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad

Ustazah Siti Khadijah diminta oleh pihak penguruan sekolah untuk masuk kelas relief. Sebaik masuk ke dalam kelas, beliau berdiri dihadapan murid-murid berdekatan dengan meja guru. Didapati murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan sedang sibuk dengan aktiviti diberikan oleh guru sebelum ini. Mereka tidak begitu mengendahkan kehadiran beliau. Ada yang masih sibuk dengan kertas-kertas putih di atas meja mereka, ada juga yang sedang bercakap dengan rakan-rakan, dan ada yang buat hal sendiri. Hanya beberapa orang murid sahaja yang berdiri untuk memberi salam (itu pun berdiri dalam keadaan malas-malas sahaja).



Ketika ketua kelas mula mahu mengucapkan salam,saya segera menunjukkan isyarat tangan lima jari supaya beliau menunggu. Ketua kelas tersebut segera faham isyarat yang diberikan. Dia memandang saya yang tidak berkata sepatah perkataan pun. Saya masih diam sambil memandang semua murid di dalam kelas satu persatu dengan memek muka yang menunjukkan saya tidak senang dengan perlakuan mereka ketika saya masuk. Pada mulanya, mereka masih seperti di awal-awal saya masuk ke kelas tadi. Barangkali kerana saya mendiamkan diri agak lama, mereka mula berdiri.

“Woi, cikgulah! Berdiri betul,” “Woi, ada cikgu dekat depan! Bangunlah.” Beberapa orang murid bersuara menyuruh rakan-rakan mereka berdiri. Saya masih memerhati dari meja guru dalam situasi mendiamkan diri.


Saya tidak tegur perbuatan murid-murid yang tidak menghormati guru dengan melakukan perkara-perkara di bawah:
- Saya tidak memarahi murid-murid dengan berkata, “ Berdiri betul-betul! Kamu tidak nampakkah saya sudah masuk?
-Saya tidak menasihati murid-murid dengan berkata, “Berdirilah betul-betul apabila melihat guru kamu masuk ke dalam kelas.”
-Saya tidak mengkritik dengan berkata,“ Kamu ini sudah darjah lima, takkan berdiri betul ketika guru masuk pun kamu tidak tahu.”

Sebaliknya, saya mengaplikasi Teknik Memberi Ganjaran berdasarkan hadith Bersin. Sebaik semua murid berdiri memandang saya yang berada di hadapan kelas, saya memilih satu kumpulan yang berdiri tegak dan betul. Lalu berkata, “Inilah cara berdiri yang betul bagi murid-murid apabila seorang guru masuk ke dalam kelas. Kumpulan ini semua ahlinya berdiri tegak memandang ke arah guru tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti hati guru. Mereka tahu cara menghormati dan meraikan guru yang masuk ke dalam kelas. Tahniah buat kumpulan ini. Saya berikan tiga bintang untuk kumpulan ini.”

Teknik Memberi Ganjaran:

  1. Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan betul

    Satu kumpulan murid berdiri betul sambil memandang ke arah guru. Saya memberikan ganjaran kepada mereka atas kerja yang dilakukan iaitu berdiri betul dengan mengumumkan kepada semua murid di dalam kelas. “Inilah cara berdiri yang betul bagi murid-murid apabila seorang guru masuk ke dalam kelas. Kumpulan ini semua ahlinya berdiri tegak memandang ke arah guru tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti hati guru. Mereka tahu cara menghormati dan meraikan guru yang masuk ke dalam kelas.” Saya juga memberikan mereka ganjaran berbentuk markah dorongan dengan berkata, “Tahniah buat kumpulan ini. Saya berikan tiga bintang untuk kumpulan ini.”
  1. Kerja yang di buat dengan baik dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran.

    Murid-murid yang tidak berdiri dengan betul tidak diumumkan nama kumpulan mereka dan mereka tidak memdapat markah dorongan berupa bintang.

  2. Apabila kerja dilakukan secara terbuka, maka ganjaran juga diberikan secara terbuka.
           Perbuatan satu kumpulan murid di dalam yang berdiri dengan cara yang betul dilakukan
           di tempat terbuka( ada orang nampak) iaitu di dalam kelas, saya memberikan ganjaran
           kepada mereka juga secara terbuka. Kata -kata saya dapat didengar oleh semua murid.

  1. Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.
         Murid-murid yang tidak berdiri dengan betul tidak saya tegur, marahi, nasihati atau kritik.
         Sebaliknya,saya diam sahaja. Impak daripada kata-kata ganjaran yang diberikan tadi,
         murid-murid dalam kelas tersebut yang tidak berdiri dengan betul mrnyedari kesilapan mereka.
         Mereka mula berdiri sama seperti kumpulan yang diumumkan tadi.

        Sebaik melihat mereka berdiri betul, saya puji mereka menggunakan Tenik Pujian Gaya Nabi
        pula. Saya berkata, “Bagus! Kumpulan ini juga sudah berdiri dengan cara yang betul. Wah,
        nampaknya semua kumpulan sudah berdiri dengan cara yang betul sebelum memberi salam!
        Ini satu perkara yang mengembirakan. Ustazah kagum. Kamu cepat faham dan belajar. Kalau
        begini,tentu apabila kita belajar akan mudah faham. Ustazah berikan setiap kumpulan tiga
        bintang.” Murid-murid 5 Dedikasi tersenyum suka mendengar kata-kata saya. Mereka berdiri
        tegak sehingga selesai salam diucapkan. Malah,ketika saya mahu keluar daripada kelas
        setelah tamat waktu mengajar, mereka segera berdiri dengan betul tanpa perlu disuruh berdiri.
        Alhamdulillah..


Hadith rujukan:

  1. Hadith Bersin (Teknik Memberi Ganjaran)
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang berbunyi begini,Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Dia melaporkan pristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan, “Yarhamkallah.” Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak didoakan oleh Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata. “Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?” Nabi Muhammad SAW menjawab, “Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilliah.


  1. Hadith Salam (Teknik Markah Dorongan)

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang leleki datang mendekati Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad SAW berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad SAW berkat , “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad SAW berkata, “Dia mendapat 30 pahala.”- Hadith No 2689 dalm kitab Shahih Sunan Tarmizi.

  1. Hadith 12 Malaikat (Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad)
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiron thoyiban mubarakan fih'. Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?”. Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?. Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata , “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.”Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”-Hadith No 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Read More......

Sunday, April 7, 2013

Pengalaman saya 4


Mengajar di Sekolah Rendah Islam



Cara-cara untuk mengajar murid darjah  2

Bagi mata pelajaran Al-Qur’an (Mukaqqadam)

-Mulakan dengan Al-Fatihah dan Doa belajar  dan memulakan dengan ucapan motivasi
-Cara untuk mengarahkan pelajar keluar kelas dengan teratur: pesan supaya jangan berlari dan mulakan dengan tempat duduk di hadapan keluar kelas dengan berbaris hingga ke belakang dan guru mengikut di belakang murid.
-Guru menyuruh murid duduk berbaris dengan betul di surau dengan saf yang betul.
-Guru menyuruh murid membaca 3/3/3
-Guru menyuruh murid perempuan membaca 3x
-Guru menyuruh murid lelaki membaca 3x
-Guru membetulkan  sebutan yang salah   اذ
-Guru menyuruh murid berbaris menghadap lelaki dan perempuan.

Bagi mata pelajaran Hafazan

-Guru menyuruh murid lelaki dan perempuan menhafaz bersama-sama dengan melihat buku.
-Guru menyuruh murid lelaki dan perempuan menghafaz tanpa melihat buku.
-Guru meminta pelajar lelaki bangun dan guru akan semak 4 orang sekali baca..siapa yang tidak hafaz berdiri sampai hafaz.

Bagi mata pelajaran Ibadah

-Guru memulakan dengan bacaan surah bagi memastikan murid bersedia.
-Guru memberikan sedikit motivasi
-Guru memulakan  pengajaran dan berdiri di tengah dan melihat murid mereka buat apa semasa pengajaran berlangsung.
-Guru mendenda pelajar membaca di hadapan bagi pelajar yang ngantuk dan bising.
-Guru memulakan pelajaran dengan membaca dan diikuti oleh murid dan di ulang 3x.
-Guru membuat nota dipapan putih dan meminta murid menyalinnya dalam buku coklat.
-Guru meminta murid jangan menghantar buku dahulu bagi yang dah siap di kuatiri murid akan bermain setelah itu. Minta murid hantar buku sama-sama dengan murid yang lain.

Pesan-pesan lain

-Psychology  budak , mereka  suka banyak bergerak, jadi sebagai guru kita gerakkan mereka dengan  menyuruh mereka membuat nota dalam buku coklat.

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...