Saturday, April 18, 2015

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

NASAB DAN KELUARGA BESAR NABI



Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muththalib (nama aslinya; Syaibah) bin Hasyim (nama aslinya: 'Amru) bin 'Abdu Manaf (nama aslinya: al-Mughirah) bin Qushai (nama aslinya: Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr (julukannya: Quraisy yang kemudian suku ini dinisbatkan kepadanya) bin Malik bin an-Nadhar (nama aslinya: Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (nama aslinya: 'Amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'add bin Adnan.

(dari urutan nasab diatas hingga ke atas Adnan) yaitu, Adnan bin Adad bin Humaisa' bin Salaaman bin 'Iwadh bin Buuz bin Qimwaal bin Abi 'Awwam bin Naasyid bin Hiza bin Buldaas bin Yadlaaf bin Thaabikh bin Jaahim bin Naahisy bin Maakhi b in 'Iidh bin 'Abqar bin 'Ubaid bin ad-Di'aa bin Hamdaan bin Sunbur bin Yatsribi bin Yahzan bin Yalhan bin Ar'awi bin 'Iidh bin Diisyaan bin 'Aishar bin Afnaad bin Ayhaam bin Miqshar bin Naahits bin Zaarih bin Sumay bin Mizzi bin 'Uudhah bin 'Uraam bin Qaidaar bin Isma'il bin Ibrahim 'alaihimassalam.

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy
pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.

Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal
dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia.

Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.

Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat,jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya.

Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah
dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar).
Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk
Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah
dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya,Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan
pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya.

Setiap kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram) sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu.

Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.

Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidupmengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilahyang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepadaBaginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripadakaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian

Kata-kata ini beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali- kali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah,memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra di Syam.

Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan (iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

Sumber Rujukan:

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
PENGAJARAN & PEDOMAN
Dr. Mustafa as-Syibaie

SIRAH NABAWIYAH
Syaikh Shafiyyur-Rahman Al-Mubarakfury
Sumber : Kitab Ar-Rahiqul Makhtum

Read More......

Thursday, March 5, 2015

Beriman kepada Al-Asmaul Husna : Al-Hakim, Al-'Alim dan Al-‘Adli


AL-HAKIM ( ALLAH MAHA BIJAKSANA )

Maksud Allah yang bersifat al-Hakim Ialah :  Allah s.w.t. Maha bijaksana. Kebijaksanaan Allah terserlah pada  segala ciptaan-Nya yang beraneka rupa di alam ini.  Ada yg boleh dilihat spt:  manusia dan haiwan Ada pula  yg tidak dapat dilihat spt: Malaikat dan jin  


BUKTI-BUKTI ALLAH MAHA BIJAKSANA


1.       Cap Jari manusia :

-          Berbeza antara satu sama lain

-          Tidak berubah/ kekal sepanjang hayat



2.       Pohon Hijau

-          Daun hijau menjalankan proses fotosintesis dengan  menyerap air, cahaya matahari, gas karbon dioksida dan kemudian ia  membebaskan gas oksigen yg  digunakan oleh manusia  untuk  bernafas.


3.       Penciptaan Laut dan Sungai
-          Allah Mencipta air laut masih  dan air sungai tawar
-          Walaupun kedua air ini bertemu, air sungai tetap tawar,tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut.
-          Antara laut dan sungai,  terdapat  sempadan / pemisah yang menyekat percampuran kedua air ini .

( Inilah cth  bukti kebijaksanaan Allah dlm ciptaan-Nya











AL-'ALIM ( ALLAH MAHA MENGETAHUI )

Maksudnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Tidak ada suatupun yang terlepas daripada pengetahuan Allah  sama yang nyata atau  tersembunyi.Allah mengetahui secara terperinci setiap ciptaannya dan semua aktiviti manusia dan  juga mengetahui setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati manusia.


PERBEZAAN ILMU ALLAH DAN ILMU MANUSIA

Ilmu Allah                                                                 Ilmu Manusia
1.  Meliputi semua perkara dan tidak tidak terbatas
1. Amat terbatas. Hanya mengetahui perkara tertentu sahaja
2. Mengetahui semua perkara yang ada di dunia sama ada yang nyata atau tersembunyi
2. Hanya mengetahui apa-apa yang dipelajari sahaja
3. Mengetahui setiap perkara yg telah, sedang dan  akan berlaku
3. Mengetahui apa-apa yang telah dan sedang berlaku sahaja.
4. Tidak memerlukan kajian kerana Allah yang telah mencipta segala-galanya.
4. Ilmu diperolehi melalui pembacaan dan kajian
5. Mengetahui perkara ghaib malah tidak ada perkara ghaib bagi-Nya
6. Tidak dapat menjangkau ke alam ghaib
     Spt :  alam barzakh, alam akhirah dll



AL- 'ADLI ( ALLAH MAHA ADIL )

Maksud 'Adil  ialah : Meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai.
Maksud Allah  bersifat Maha adil ialah : Allah Maha Adil dlm semua perkara. Keadilan Allah adalah mutlak ,tiada siapa yg boleh menyanggahnya.


BUKTI-BUKTI  ALLAH MAHA ADIL

KEJADIAN MANUSIA
           - Allah jadikan kejadian manusia sempurna dengan tubuh badan dan akal fikiran  supaya mereka dapat menjalani kehidupan normal.Walaupun ada kalangan manusia yang dijadikan cacat namun Allah yang Maha adil tidak membebankan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti orang sempurna. Allah juga memberi mereka keistimewaan yang tidak diberi kepada orang lain seperti menjadi penghafaz  al-Quran, sasterawan yang hebat  dll
     - Kedudukan  segala anggota manusia  dicipta Allah sesuai dengan fungsinya untuk kebaikan manusia. Contohnya  : hati dan jantung yang merupakan organ penting diletakkan di dalam kerangka yang dikelilingi tulang, daging dan kulit untuk keselamatan manusia.

 IKLIM
    - Keadilan Allah teserlah melalui ciptaan muka bumi dengan  pelbagai iklim yang sesuai dengan keperluan setempat. Contohnya penduduk di iklim khatulistiwa menjadikan nasi sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai utk tanaman padi.  Manakala roti menjadi makanan asasi bagi penduduk di kawasan mediterranean kerana iklim dan mukabumi mereka sesuai utk tanaman gandum

HUKUM dan PERATURAN
Semua hukum dan  peraturan  yang ditetapkan Allah kepada manusia  adalah adil dan  saksama untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan hidup manusia dan masyarakat .Contohnya : Allah mewajibkan orang kaya mengeluarkan zakat dan orang miskin pula  berhak menerima zakat.

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...