Saturday, April 18, 2015

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

NASAB DAN KELUARGA BESAR NABI



Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muththalib (nama aslinya; Syaibah) bin Hasyim (nama aslinya: 'Amru) bin 'Abdu Manaf (nama aslinya: al-Mughirah) bin Qushai (nama aslinya: Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr (julukannya: Quraisy yang kemudian suku ini dinisbatkan kepadanya) bin Malik bin an-Nadhar (nama aslinya: Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (nama aslinya: 'Amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'add bin Adnan.

(dari urutan nasab diatas hingga ke atas Adnan) yaitu, Adnan bin Adad bin Humaisa' bin Salaaman bin 'Iwadh bin Buuz bin Qimwaal bin Abi 'Awwam bin Naasyid bin Hiza bin Buldaas bin Yadlaaf bin Thaabikh bin Jaahim bin Naahisy bin Maakhi b in 'Iidh bin 'Abqar bin 'Ubaid bin ad-Di'aa bin Hamdaan bin Sunbur bin Yatsribi bin Yahzan bin Yalhan bin Ar'awi bin 'Iidh bin Diisyaan bin 'Aishar bin Afnaad bin Ayhaam bin Miqshar bin Naahits bin Zaarih bin Sumay bin Mizzi bin 'Uudhah bin 'Uraam bin Qaidaar bin Isma'il bin Ibrahim 'alaihimassalam.

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy
pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.

Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal
dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia.

Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.

Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat,jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya.

Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah
dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar).
Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk
Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah
dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya,Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan
pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya.

Setiap kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram) sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu.

Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.

Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidupmengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilahyang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepadaBaginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripadakaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian

Kata-kata ini beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali- kali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah,memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra di Syam.

Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan (iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

Sumber Rujukan:

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
PENGAJARAN & PEDOMAN
Dr. Mustafa as-Syibaie

SIRAH NABAWIYAH
Syaikh Shafiyyur-Rahman Al-Mubarakfury
Sumber : Kitab Ar-Rahiqul Makhtum

Read More......

Thursday, March 5, 2015

Beriman kepada Al-Asmaul Husna : Al-Hakim, Al-'Alim dan Al-‘Adli


AL-HAKIM ( ALLAH MAHA BIJAKSANA )

Maksud Allah yang bersifat al-Hakim Ialah :  Allah s.w.t. Maha bijaksana. Kebijaksanaan Allah terserlah pada  segala ciptaan-Nya yang beraneka rupa di alam ini.  Ada yg boleh dilihat spt:  manusia dan haiwan Ada pula  yg tidak dapat dilihat spt: Malaikat dan jin  


BUKTI-BUKTI ALLAH MAHA BIJAKSANA


1.       Cap Jari manusia :

-          Berbeza antara satu sama lain

-          Tidak berubah/ kekal sepanjang hayat



2.       Pohon Hijau

-          Daun hijau menjalankan proses fotosintesis dengan  menyerap air, cahaya matahari, gas karbon dioksida dan kemudian ia  membebaskan gas oksigen yg  digunakan oleh manusia  untuk  bernafas.


3.       Penciptaan Laut dan Sungai
-          Allah Mencipta air laut masih  dan air sungai tawar
-          Walaupun kedua air ini bertemu, air sungai tetap tawar,tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut.
-          Antara laut dan sungai,  terdapat  sempadan / pemisah yang menyekat percampuran kedua air ini .

( Inilah cth  bukti kebijaksanaan Allah dlm ciptaan-Nya











AL-'ALIM ( ALLAH MAHA MENGETAHUI )

Maksudnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Tidak ada suatupun yang terlepas daripada pengetahuan Allah  sama yang nyata atau  tersembunyi.Allah mengetahui secara terperinci setiap ciptaannya dan semua aktiviti manusia dan  juga mengetahui setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati manusia.


PERBEZAAN ILMU ALLAH DAN ILMU MANUSIA

Ilmu Allah                                                                 Ilmu Manusia
1.  Meliputi semua perkara dan tidak tidak terbatas
1. Amat terbatas. Hanya mengetahui perkara tertentu sahaja
2. Mengetahui semua perkara yang ada di dunia sama ada yang nyata atau tersembunyi
2. Hanya mengetahui apa-apa yang dipelajari sahaja
3. Mengetahui setiap perkara yg telah, sedang dan  akan berlaku
3. Mengetahui apa-apa yang telah dan sedang berlaku sahaja.
4. Tidak memerlukan kajian kerana Allah yang telah mencipta segala-galanya.
4. Ilmu diperolehi melalui pembacaan dan kajian
5. Mengetahui perkara ghaib malah tidak ada perkara ghaib bagi-Nya
6. Tidak dapat menjangkau ke alam ghaib
     Spt :  alam barzakh, alam akhirah dll



AL- 'ADLI ( ALLAH MAHA ADIL )

Maksud 'Adil  ialah : Meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai.
Maksud Allah  bersifat Maha adil ialah : Allah Maha Adil dlm semua perkara. Keadilan Allah adalah mutlak ,tiada siapa yg boleh menyanggahnya.


BUKTI-BUKTI  ALLAH MAHA ADIL

KEJADIAN MANUSIA
           - Allah jadikan kejadian manusia sempurna dengan tubuh badan dan akal fikiran  supaya mereka dapat menjalani kehidupan normal.Walaupun ada kalangan manusia yang dijadikan cacat namun Allah yang Maha adil tidak membebankan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti orang sempurna. Allah juga memberi mereka keistimewaan yang tidak diberi kepada orang lain seperti menjadi penghafaz  al-Quran, sasterawan yang hebat  dll
     - Kedudukan  segala anggota manusia  dicipta Allah sesuai dengan fungsinya untuk kebaikan manusia. Contohnya  : hati dan jantung yang merupakan organ penting diletakkan di dalam kerangka yang dikelilingi tulang, daging dan kulit untuk keselamatan manusia.

 IKLIM
    - Keadilan Allah teserlah melalui ciptaan muka bumi dengan  pelbagai iklim yang sesuai dengan keperluan setempat. Contohnya penduduk di iklim khatulistiwa menjadikan nasi sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai utk tanaman padi.  Manakala roti menjadi makanan asasi bagi penduduk di kawasan mediterranean kerana iklim dan mukabumi mereka sesuai utk tanaman gandum

HUKUM dan PERATURAN
Semua hukum dan  peraturan  yang ditetapkan Allah kepada manusia  adalah adil dan  saksama untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan hidup manusia dan masyarakat .Contohnya : Allah mewajibkan orang kaya mengeluarkan zakat dan orang miskin pula  berhak menerima zakat.

Read More......

Tuesday, December 9, 2014

The story about Dyslexic Students

Read More......

Monday, December 8, 2014

Learning Arabic Poster

Read More......

Sunday, September 28, 2014

Naqib Titik Tolak Dakwah/Naqib Nadi Dakwah


Pengenalan

Naqib sebagai fasilitator, sebagai kaunselor, sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai biro pengaduan awam, sebagai sahabat, sebagai pengurus, sebagai pembimbing.

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul" (AL MAIDAH :12)

Peranan Naqib

        1-    Meningkatkan Prestasi Diri

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar (Al- Fath: 29)

Prestasi diri secara umum berarti suatu hasil yang telah dicapai atau didapatkan yang berasal dari usaha yang telah dilakukan oleh diri sendiri dengan penuh kesungguhan dan niat yang kuat

BERUSAHA + BERDOA => BERPRESTASI

Cara –cara

-Menyerlahkan ajaran Islam secara ruhani ,pemikiran,jiwa dan amal dalam urusan sehariannya.

-Memiliki tekad yang tidak pernah kendur dalam memperjuangkan Islam.

-Berani untuk menyatakan kebenaran

-Menjadi pendakwah yang mampu melahirkan generasi yang lebih baik.


             2-  Pengembangan Kemampuan Keahlian

 Kejelasan Wawasan Dan Pandangan

       Yakin dan tidak ragu-ragu dalam melaksanakan tugas dakwahnya.

Meningkatkan Kecerdasan

      Naqib mampu menjadi rujukan kepada suatu masalah dan sekali gus mampu memberikan jalan   penyelesaiannya

Kemampuan Kreativiti Dan Daya Cipta/Inovasi

    Naqib tidak boleh kehabisan kreativiti dalam inovasi kerana musuh- musuh dakwah sentiasa dalam keadaan penuh kreativiti dan daya cipta dalam menghadapi umat Islam.

Kekuatan Tindak balas Terhadap Sesuatu

    Naqib yang cepat dalam membuat sesuatu tindak balas menandakan sikap kepeduliannya yang amat besar sama ada tindak balas terhadap situasi,  para binaannya mahupun tugas yang diamanahkan kepadanya.

     Untuk menjaga aset dakwah dan menginginkan kebaikan dan keselamatan bagi binaannya.

Ada pun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir (At- Taubah:125)

            3-   Pengembangan Kemampuan Organisasi

 Penguasaan terhadap perkara-perkara yang tetap dan yang berubah dalam jalan dakwah.

      Menggunakan kebijaksanaan yang tepat untuk kepentingan dakwah

Penguasaan terhadap perancangan organisasi

    Naqib dapat mempermudahkan , merealisasikannya serta mempercepatkan ke arah yang telah di gariskan oleh organisasi

Memelihara Keteguhan Organisasi

   Menjadi penjaga paling depan dalam menjaga ketahanan organisasi.

   Boleh menegur aktivis dakwah lain terhadap kekeliruannya di samping dapat meluruskan penyelewengan dalaman yang berkembang.

           4-   Pengembangan Kemampuan Bermasyarakat

- Membangun hubungan dengan masyarakat

-Mampu tampil sebagai cermin perubahan kepada masyarakat

-Membangun pandangan umum yang mantap.

-Mampu tampil sebagai peribadi pemimpin umum.


Kesimpulan

Imam Hasan Al Banna

“Kamu adalah ruh baru yang mengalir ke seluruh jasad umat ini”

    Ya Allah, jadikanlah kami sebagai jantung yang terus berdenyut dan sentiasa mengepam ruh kehidupan, ruh kerohanian dan ruh gerakan ke dalam urat nadi masyarakat sehingga kami menjadi pelaksana asasi bagi berbagai proses tarbiyah, organisasi dan pengurusan dakwah yang akan membangunkan umat ini dari tidur dan kelalaian seraya menyahut seruan untuk menegakkan DeenMu di mukabumi ini. 

Read More......

Wednesday, May 7, 2014

Bagaimana kita nak bercakap dengan ikhlas ?


Ikhlas ini tidak dapat dilihat dengan mata dan dirasa dengan tangan. Dan apabila kita bercakap dengan ikhlas orang akan tersentuh mendengar percakapan kita.  Apabila kita bercakap dengan nafsu akan dapat nafsu dan begitu jugalah marah. Kita akan dapat merasai rasa-rasa tersebut dalam hati. Contoh yang lain nya seperti masakan ibu atau isteri kita akan dapat merasai keiklasannya jika mereka memasaknya dengan penuh keikhlasan. Dalam Al-Qu’ran Allah juga telah mengatakan tentang ikhlas ini .


Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya)”. ( Ayat 29 : Surah al-A’raaf )



Read More......

Tuesday, May 6, 2014

Menyingkap Tabir Hikmah












Melalui surah Al-Qasas ayat 71 dan 72, kita berfikir sejenak  bagaimana Allah jika menjadikan di dunia ini malam selama-selamanya. Adakah kita boleh memerintahkan sendiri supaya matahari tolanglah keluar?. Siapa yang berkuasa di muka bumi ini. Tentu Allah SWT yang bekuasa atas segala-galanya. Sama-samalah  kita merenung diri atas kehidupan kita di atas muka bumi ini.


Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...