Saturday, April 18, 2015

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

NASAB DAN KELUARGA BESAR NABI



Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muththalib (nama aslinya; Syaibah) bin Hasyim (nama aslinya: 'Amru) bin 'Abdu Manaf (nama aslinya: al-Mughirah) bin Qushai (nama aslinya: Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr (julukannya: Quraisy yang kemudian suku ini dinisbatkan kepadanya) bin Malik bin an-Nadhar (nama aslinya: Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (nama aslinya: 'Amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'add bin Adnan.

(dari urutan nasab diatas hingga ke atas Adnan) yaitu, Adnan bin Adad bin Humaisa' bin Salaaman bin 'Iwadh bin Buuz bin Qimwaal bin Abi 'Awwam bin Naasyid bin Hiza bin Buldaas bin Yadlaaf bin Thaabikh bin Jaahim bin Naahisy bin Maakhi b in 'Iidh bin 'Abqar bin 'Ubaid bin ad-Di'aa bin Hamdaan bin Sunbur bin Yatsribi bin Yahzan bin Yalhan bin Ar'awi bin 'Iidh bin Diisyaan bin 'Aishar bin Afnaad bin Ayhaam bin Miqshar bin Naahits bin Zaarih bin Sumay bin Mizzi bin 'Uudhah bin 'Uraam bin Qaidaar bin Isma'il bin Ibrahim 'alaihimassalam.

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy
pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.

Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal
dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia.

Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.

Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat,jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya.

Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah
dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar).
Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk
Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah
dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya,Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan
pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya.

Setiap kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram) sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu.

Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.

Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidupmengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilahyang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepadaBaginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripadakaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. 

Kata-kata ini beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali- kali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah,memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra di Syam.

Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan (iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

Sumber Rujukan:

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
PENGAJARAN & PEDOMAN
Dr. Mustafa as-Syibaie

SIRAH NABAWIYAH
Syaikh Shafiyyur-Rahman Al-Mubarakfury
Sumber : Kitab Ar-Rahiqul Makhtum

Read More......

Thursday, March 5, 2015

Beriman kepada Al-Asmaul Husna : Al-Hakim, Al-'Alim dan Al-‘Adli


AL-HAKIM ( ALLAH MAHA BIJAKSANA )

Maksud Allah yang bersifat al-Hakim Ialah :  Allah s.w.t. Maha bijaksana. Kebijaksanaan Allah terserlah pada  segala ciptaan-Nya yang beraneka rupa di alam ini.  Ada yg boleh dilihat spt:  manusia dan haiwan Ada pula  yg tidak dapat dilihat spt: Malaikat dan jin  


BUKTI-BUKTI ALLAH MAHA BIJAKSANA


1.       Cap Jari manusia :

-          Berbeza antara satu sama lain

-          Tidak berubah/ kekal sepanjang hayat



2.       Pohon Hijau

-          Daun hijau menjalankan proses fotosintesis dengan  menyerap air, cahaya matahari, gas karbon dioksida dan kemudian ia  membebaskan gas oksigen yg  digunakan oleh manusia  untuk  bernafas.


3.       Penciptaan Laut dan Sungai
-          Allah Mencipta air laut masih  dan air sungai tawar
-          Walaupun kedua air ini bertemu, air sungai tetap tawar,tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut.
-          Antara laut dan sungai,  terdapat  sempadan / pemisah yang menyekat percampuran kedua air ini .

( Inilah cth  bukti kebijaksanaan Allah dlm ciptaan-Nya) 











AL-'ALIM ( ALLAH MAHA MENGETAHUI )

Maksudnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Tidak ada suatupun yang terlepas daripada pengetahuan Allah  sama yang nyata atau  tersembunyi.Allah mengetahui secara terperinci setiap ciptaannya dan semua aktiviti manusia dan  juga mengetahui setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati manusia.


PERBEZAAN ILMU ALLAH DAN ILMU MANUSIA

Ilmu Allah                                                                 Ilmu Manusia
1.  Meliputi semua perkara dan tidak tidak terbatas
1. Amat terbatas. Hanya mengetahui perkara tertentu sahaja
2. Mengetahui semua perkara yang ada di dunia sama ada yang nyata atau tersembunyi
2. Hanya mengetahui apa-apa yang dipelajari sahaja
3. Mengetahui setiap perkara yg telah, sedang dan  akan berlaku
3. Mengetahui apa-apa yang telah dan sedang berlaku sahaja.
4. Tidak memerlukan kajian kerana Allah yang telah mencipta segala-galanya.
4. Ilmu diperolehi melalui pembacaan dan kajian
5. Mengetahui perkara ghaib malah tidak ada perkara ghaib bagi-Nya
6. Tidak dapat menjangkau ke alam ghaib
     Spt :  alam barzakh, alam akhirah dll



AL- 'ADLI ( ALLAH MAHA ADIL )

Maksud 'Adil  ialah : Meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai.
Maksud Allah  bersifat Maha adil ialah : Allah Maha Adil dlm semua perkara. Keadilan Allah adalah mutlak ,tiada siapa yg boleh menyanggahnya.


BUKTI-BUKTI  ALLAH MAHA ADIL

KEJADIAN MANUSIA
           - Allah jadikan kejadian manusia sempurna dengan tubuh badan dan akal fikiran  supaya mereka dapat menjalani kehidupan normal.Walaupun ada kalangan manusia yang dijadikan cacat namun Allah yang Maha adil tidak membebankan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti orang sempurna. Allah juga memberi mereka keistimewaan yang tidak diberi kepada orang lain seperti menjadi penghafaz  al-Quran, sasterawan yang hebat  dll
     - Kedudukan  segala anggota manusia  dicipta Allah sesuai dengan fungsinya untuk kebaikan manusia. Contohnya  : hati dan jantung yang merupakan organ penting diletakkan di dalam kerangka yang dikelilingi tulang, daging dan kulit untuk keselamatan manusia.

 IKLIM
    - Keadilan Allah teserlah melalui ciptaan muka bumi dengan  pelbagai iklim yang sesuai dengan keperluan setempat. Contohnya penduduk di iklim khatulistiwa menjadikan nasi sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai utk tanaman padi.  Manakala roti menjadi makanan asasi bagi penduduk di kawasan mediterranean kerana iklim dan mukabumi mereka sesuai utk tanaman gandum

HUKUM dan PERATURAN
Semua hukum dan  peraturan  yang ditetapkan Allah kepada manusia  adalah adil dan  saksama untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan hidup manusia dan masyarakat .Contohnya : Allah mewajibkan orang kaya mengeluarkan zakat dan orang miskin pula  berhak menerima zakat.

Read More......

Tuesday, December 9, 2014

The story about Dyslexic Students

Read More......

Monday, December 8, 2014

Learning Arabic Poster

Read More......

Sunday, September 28, 2014

Naqib Titik Tolak Dakwah/Naqib Nadi Dakwah


Pengenalan

Naqib sebagai fasilitator, sebagai kaunselor, sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai biro pengaduan awam, sebagai sahabat, sebagai pengurus, sebagai pembimbing.

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul" (AL MAIDAH :12)

Peranan Naqib

        1-    Meningkatkan Prestasi Diri

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar (Al- Fath: 29)

Prestasi diri secara umum berarti suatu hasil yang telah dicapai atau didapatkan yang berasal dari usaha yang telah dilakukan oleh diri sendiri dengan penuh kesungguhan dan niat yang kuat

BERUSAHA + BERDOA => BERPRESTASI

Cara –cara

-Menyerlahkan ajaran Islam secara ruhani ,pemikiran,jiwa dan amal dalam urusan sehariannya.

-Memiliki tekad yang tidak pernah kendur dalam memperjuangkan Islam.

-Berani untuk menyatakan kebenaran

-Menjadi pendakwah yang mampu melahirkan generasi yang lebih baik.


             2-  Pengembangan Kemampuan Keahlian

 Kejelasan Wawasan Dan Pandangan

       Yakin dan tidak ragu-ragu dalam melaksanakan tugas dakwahnya.

Meningkatkan Kecerdasan

      Naqib mampu menjadi rujukan kepada suatu masalah dan sekali gus mampu memberikan jalan   penyelesaiannya

Kemampuan Kreativiti Dan Daya Cipta/Inovasi

    Naqib tidak boleh kehabisan kreativiti dalam inovasi kerana musuh- musuh dakwah sentiasa dalam keadaan penuh kreativiti dan daya cipta dalam menghadapi umat Islam.

Kekuatan Tindak balas Terhadap Sesuatu

    Naqib yang cepat dalam membuat sesuatu tindak balas menandakan sikap kepeduliannya yang amat besar sama ada tindak balas terhadap situasi,  para binaannya mahupun tugas yang diamanahkan kepadanya.

     Untuk menjaga aset dakwah dan menginginkan kebaikan dan keselamatan bagi binaannya.

Ada pun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir (At- Taubah:125)

            3-   Pengembangan Kemampuan Organisasi

 Penguasaan terhadap perkara-perkara yang tetap dan yang berubah dalam jalan dakwah.

      Menggunakan kebijaksanaan yang tepat untuk kepentingan dakwah

Penguasaan terhadap perancangan organisasi

    Naqib dapat mempermudahkan , merealisasikannya serta mempercepatkan ke arah yang telah di gariskan oleh organisasi

Memelihara Keteguhan Organisasi

   Menjadi penjaga paling depan dalam menjaga ketahanan organisasi.

   Boleh menegur aktivis dakwah lain terhadap kekeliruannya di samping dapat meluruskan penyelewengan dalaman yang berkembang.

           4-   Pengembangan Kemampuan Bermasyarakat

- Membangun hubungan dengan masyarakat

-Mampu tampil sebagai cermin perubahan kepada masyarakat

-Membangun pandangan umum yang mantap.

-Mampu tampil sebagai peribadi pemimpin umum.


Kesimpulan

Imam Hasan Al Banna

“Kamu adalah ruh baru yang mengalir ke seluruh jasad umat ini”

    Ya Allah, jadikanlah kami sebagai jantung yang terus berdenyut dan sentiasa mengepam ruh kehidupan, ruh kerohanian dan ruh gerakan ke dalam urat nadi masyarakat sehingga kami menjadi pelaksana asasi bagi berbagai proses tarbiyah, organisasi dan pengurusan dakwah yang akan membangunkan umat ini dari tidur dan kelalaian seraya menyahut seruan untuk menegakkan DeenMu di mukabumi ini. 

Read More......

Wednesday, May 7, 2014

Bagaimana kita nak bercakap dengan ikhlas ?


Ikhlas ini tidak dapat dilihat dengan mata dan dirasa dengan tangan. Dan apabila kita bercakap dengan ikhlas orang akan tersentuh mendengar percakapan kita.  Apabila kita bercakap dengan nafsu akan dapat nafsu dan begitu jugalah marah. Kita akan dapat merasai rasa-rasa tersebut dalam hati. Contoh yang lain nya seperti masakan ibu atau isteri kita akan dapat merasai keiklasannya jika mereka memasaknya dengan penuh keikhlasan. Dalam Al-Qu’ran Allah juga telah mengatakan tentang ikhlas ini .


Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya)”. ( Ayat 29 : Surah al-A’raaf )



Read More......

Tuesday, May 6, 2014

Menyingkap Tabir Hikmah












Melalui surah Al-Qasas ayat 71 dan 72, kita berfikir sejenak  bagaimana Allah jika menjadikan di dunia ini malam selama-selamanya. Adakah kita boleh memerintahkan sendiri supaya matahari tolanglah keluar?. Siapa yang berkuasa di muka bumi ini. Tentu Allah SWT yang bekuasa atas segala-galanya. Sama-samalah  kita merenung diri atas kehidupan kita di atas muka bumi ini.


Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

Read More......

Monday, May 5, 2014

Pengajaran dari Hadis Rasullullah SAW


Hadist ini menceritakan tentang  seorang anak  adalah permata bagi  ibu dan ayah. Anak ini adalah lebih berharga dari permata kerana permata hanya berharga di dunia tetapi anak berharga hingga kita berada di alam barzakh nanti. Kerana kita berada di alam barzakh nanti berada seperti orang  berada di tengah lautan yang mengangkat tangan meminta pertolongan. Ayuh lah kita didik anak kita menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendokan ibu bapanya setelah meninggal dunia.



Read More......

Monday, April 21, 2014

Prinsip Dakwah Nabi Nuh A.S dalam Al-Qur’an.


"Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar. " (QS. al-A'raf: 59)

"Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: 'Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami.'" (QS. Hud: 27)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata): 'Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan. Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: 'Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikutimu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang berdusta. " (QS. Hud: 25-27)



"Berkata Nuh: 'Hai kaumku, bagaimana pikiranmu, jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberinya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya? Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui.' Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, siapakah yang dapat menolongku dari (azab) Allah jika aku mengusir mereka. Maka tidakkan kamu mengambil pelajaran?' Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa): 'Aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tidak mengetahui hal yang ghaib, dan tidak pula aku mengatakan: 'Sesungguhnya aku adalah malaikat,' dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu: 'Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui apa yang ada pada mereka. Sesungguhnya aku kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang Zalim.'" (QS. Hud: 28-31)

"Mereka berkata: 'Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.' Nuh menjawab: 'Hanyalah Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri. Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. " (QS. Hud: 32-34)

"Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat..." (QS. al-A'raf: 16)

"Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata: 'Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata." (QS. al-A'raf: 60)

"Nuh menjawab: 'Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui." (QS. al-A'raf: 61-62)

"Nuh berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan keterlaluan. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka dengan cara yang terang-terangan, kemudian aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan dan dengan diam-diam, maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak- anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.'" (QS. Nuh: 5-12)













"Nuh berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Mereka telah melakukan tipu-daya yang amat besar. Dan mereka berkata: 'Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali meninggalkan (penyembahan) wadd, suwa, yaghuts, yauq, dan nasr. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang Zalim itu selain kesesatan,'" (QS. Nuh: 21-24)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. " (QS. Ankabut: 14)

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang- orang kafir itu tinggal di atas bumi." (QS. Nuh: 26)

"Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat dan kafir. " (QS. Nuh: 27)

"Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasannya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang-orang yang telah beriman saja, kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang Zalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. (QS. Hud: 36-37)

"Dan mulailah Nuh membuat bahtera itu. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh: 'Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) akan mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakan dan yang akan ditimpa azab yang kekal." (QS. Hud: 38- 39)

"Hingga apabila perintah Kami datang dan tannur telah memancarkan air, Kami berfirman: 'Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing- masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkanlah pula) orang-orang yang beriman.' Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit. " (QS. Hud: 40)

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku. (QS. al-Qamar: 11-13)

"Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir." (QS. Hud: 42)

"Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain orang yang dirahmati-Nya." (QS. Hud: 43)
"Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan. " (QS. Hud: 43)

 'Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah,' dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit judi. Dan dikatakan: 'Binasalah orang-orang yang zalim. " (QS. Hud: 44)

"Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil- adilnya. " (QS. Hud: 45)

"Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan). Sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu, janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.'" (QS. Hud: 46)

"Nuh berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikatnya). Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi. " (QS. Hud: 47)


"'Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu.'" (QS. Hud: 48)

Read More......

Thursday, May 23, 2013

Kursus Bina Guru Siri 2 Part 2


Pengajaran Teknik Nabi
Teknik cari kebaikan+ puji kebaikan tersebut + sebutkan impaknya.


Ketika ustazah Siti Khadijah masuk ke kelas 5 Dedikasi, didapati murid-murid sudah hilang semangat untuk meneruskan aktiviti Hasil Kreatif sempena Program Maju Diri pada hari tersebut. Aktiviti tersebut mengkehendaki setiap kumpulan menghasilkan seberapa banyak hasil kreatif dengan menggunakan kertas putih. Inilah respon murid: “Susahlah cikgu, saya sudah tidak tahu mahu buat apa”. “Yalah, cikgu. Kitaorang sudah tak ada idea.” “ Tak seronoklah buat benda ini. Bukan dapat apa pun. Kita buat kerja sendiri jelah.”

Dalam situasi ini, self-esteem murid berada pada tahp yang rendah. Mereka tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri yang dapat mendorong diri mereka agar tetap beljar atau meneruskan kerja-kerja yang yang diarahkan guru. Bagi menaikkan self-esteem murid-murid, ustazah Siti Khadijah tidak melakukan perkara-perkara berikut:

- Tidak memarahi mereka dengan berkata, “Kamu ini bagaimana? Dari tadi guru kamu masuk menjalankan aktiviti, baru satu hasil kreatif kamu?” (Salah)
- Tidak kritik mereka dengan berkata, “Itulah, Lain kali guru mengajar pasang telinga. Lihat dan dengar bagaimana guru menerangkan. Barulah kamu faham dan tahu apa yang bakal kamu hasilkan. Ini tidak, setengah jam guru kamu berada di dalam kelas kamu tidak dapat apa-apa manfaat”.(Salah)
-Tidak menyiasat mereka dengan berkata, “Setengah jam pertama tadi, apa yang kamu buat? Sehinnga sekarang ada kumpulan yang langsung tidak membuat hasil kreatif? Kamu main ya?” (Salah)

Sebaliknya, beliau bina keyakinan murid-murid dengan menaikkan self-esteem mereka yang sudah hampir padam. Cari kebaikan yang ada pada murid-murid. Sebaik menemui kebaikan mereka, puji dan dorong mereka menggunakan Teknik Nabi Muhammad.

Bersambung…

Read More......

Wednesday, April 24, 2013

Kursus Bina Guru Siri 2 Part 1




Pengajaran Teknik Nabi Muhammad SAW
Kajian Tim Psikologi Hadis
Perkongsian Oleh Ustazah Siti Khadijah Blogspot

1)Teknik Memberi Ganjaran
2)Teknik Memberi Markah Dorongan
3)Teknik Pujian Gaya Nabi
4)Mendidik Tanpa Menegur Kesalahan
5)Teknik Menyelesaikan Pergaduhan





Pengajaran Teknik Nabi
Teknik Memberi Ganjaran,Teknik Memberi Markah Dorongan Dan Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad

Ustazah Siti Khadijah diminta oleh pihak penguruan sekolah untuk masuk kelas relief. Sebaik masuk ke dalam kelas, beliau berdiri dihadapan murid-murid berdekatan dengan meja guru. Didapati murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan kecil dan sedang sibuk dengan aktiviti diberikan oleh guru sebelum ini. Mereka tidak begitu mengendahkan kehadiran beliau. Ada yang masih sibuk dengan kertas-kertas putih di atas meja mereka, ada juga yang sedang bercakap dengan rakan-rakan, dan ada yang buat hal sendiri. Hanya beberapa orang murid sahaja yang berdiri untuk memberi salam (itu pun berdiri dalam keadaan malas-malas sahaja).



Ketika ketua kelas mula mahu mengucapkan salam,saya segera menunjukkan isyarat tangan lima jari supaya beliau menunggu. Ketua kelas tersebut segera faham isyarat yang diberikan. Dia memandang saya yang tidak berkata sepatah perkataan pun. Saya masih diam sambil memandang semua murid di dalam kelas satu persatu dengan memek muka yang menunjukkan saya tidak senang dengan perlakuan mereka ketika saya masuk. Pada mulanya, mereka masih seperti di awal-awal saya masuk ke kelas tadi. Barangkali kerana saya mendiamkan diri agak lama, mereka mula berdiri.

“Woi, cikgulah! Berdiri betul,” “Woi, ada cikgu dekat depan! Bangunlah.” Beberapa orang murid bersuara menyuruh rakan-rakan mereka berdiri. Saya masih memerhati dari meja guru dalam situasi mendiamkan diri.


Saya tidak tegur perbuatan murid-murid yang tidak menghormati guru dengan melakukan perkara-perkara di bawah:
- Saya tidak memarahi murid-murid dengan berkata, “ Berdiri betul-betul! Kamu tidak nampakkah saya sudah masuk?
-Saya tidak menasihati murid-murid dengan berkata, “Berdirilah betul-betul apabila melihat guru kamu masuk ke dalam kelas.”
-Saya tidak mengkritik dengan berkata,“ Kamu ini sudah darjah lima, takkan berdiri betul ketika guru masuk pun kamu tidak tahu.”

Sebaliknya, saya mengaplikasi Teknik Memberi Ganjaran berdasarkan hadith Bersin. Sebaik semua murid berdiri memandang saya yang berada di hadapan kelas, saya memilih satu kumpulan yang berdiri tegak dan betul. Lalu berkata, “Inilah cara berdiri yang betul bagi murid-murid apabila seorang guru masuk ke dalam kelas. Kumpulan ini semua ahlinya berdiri tegak memandang ke arah guru tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti hati guru. Mereka tahu cara menghormati dan meraikan guru yang masuk ke dalam kelas. Tahniah buat kumpulan ini. Saya berikan tiga bintang untuk kumpulan ini.”

Teknik Memberi Ganjaran:

  1. Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan betul

    Satu kumpulan murid berdiri betul sambil memandang ke arah guru. Saya memberikan ganjaran kepada mereka atas kerja yang dilakukan iaitu berdiri betul dengan mengumumkan kepada semua murid di dalam kelas. “Inilah cara berdiri yang betul bagi murid-murid apabila seorang guru masuk ke dalam kelas. Kumpulan ini semua ahlinya berdiri tegak memandang ke arah guru tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti hati guru. Mereka tahu cara menghormati dan meraikan guru yang masuk ke dalam kelas.” Saya juga memberikan mereka ganjaran berbentuk markah dorongan dengan berkata, “Tahniah buat kumpulan ini. Saya berikan tiga bintang untuk kumpulan ini.”
  1. Kerja yang di buat dengan baik dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran.

    Murid-murid yang tidak berdiri dengan betul tidak diumumkan nama kumpulan mereka dan mereka tidak memdapat markah dorongan berupa bintang.

  2. Apabila kerja dilakukan secara terbuka, maka ganjaran juga diberikan secara terbuka.
           Perbuatan satu kumpulan murid di dalam yang berdiri dengan cara yang betul dilakukan
           di tempat terbuka( ada orang nampak) iaitu di dalam kelas, saya memberikan ganjaran
           kepada mereka juga secara terbuka. Kata -kata saya dapat didengar oleh semua murid.

  1. Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.
         Murid-murid yang tidak berdiri dengan betul tidak saya tegur, marahi, nasihati atau kritik.
         Sebaliknya,saya diam sahaja. Impak daripada kata-kata ganjaran yang diberikan tadi,
         murid-murid dalam kelas tersebut yang tidak berdiri dengan betul mrnyedari kesilapan mereka.
         Mereka mula berdiri sama seperti kumpulan yang diumumkan tadi.

        Sebaik melihat mereka berdiri betul, saya puji mereka menggunakan Tenik Pujian Gaya Nabi
        pula. Saya berkata, “Bagus! Kumpulan ini juga sudah berdiri dengan cara yang betul. Wah,
        nampaknya semua kumpulan sudah berdiri dengan cara yang betul sebelum memberi salam!
        Ini satu perkara yang mengembirakan. Ustazah kagum. Kamu cepat faham dan belajar. Kalau
        begini,tentu apabila kita belajar akan mudah faham. Ustazah berikan setiap kumpulan tiga
        bintang.” Murid-murid 5 Dedikasi tersenyum suka mendengar kata-kata saya. Mereka berdiri
        tegak sehingga selesai salam diucapkan. Malah,ketika saya mahu keluar daripada kelas
        setelah tamat waktu mengajar, mereka segera berdiri dengan betul tanpa perlu disuruh berdiri.
        Alhamdulillah..


Hadith rujukan:

  1. Hadith Bersin (Teknik Memberi Ganjaran)
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang berbunyi begini,Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Dia melaporkan pristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan, “Yarhamkallah.” Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak didoakan oleh Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata. “Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?” Nabi Muhammad SAW menjawab, “Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilliah.


  1. Hadith Salam (Teknik Markah Dorongan)

“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang leleki datang mendekati Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad SAW berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad SAW berkat , “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad SAW berkata, “Dia mendapat 30 pahala.”- Hadith No 2689 dalm kitab Shahih Sunan Tarmizi.

  1. Hadith 12 Malaikat (Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad)
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiron thoyiban mubarakan fih'. Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?”. Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?. Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata , “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.”Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”-Hadith No 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...