Wednesday, October 6, 2010

Membasuh hidung semasa wudu’

Assamualaikum kepada semua pembaca blog, sudah rasanya saya tidak menulis didalam blog ini. Pada hari ini,saya ingin berkongsi sedikit mengenai buku yang saya baca iaitu 357 HADIS BUKHARI-MUSLIM MENUJU KESEMPURNAAN SOLAT .
Di dalam buku ini ada mengatakan jika kita ingin mendapat kesempurnaan solat , kita hendaklah berwuduk dengan sempurna. Diantara salah satu caranya ialah semasa kita berwuduk, kita hendaklah membasuh hidung kerana setan tidur di hidung semasa wudu’. Di hadis ada mengatakan “ Riwayat dari Abu Hurairah, beliau berkata: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.
Oleh itu, diharap dengan sedikit perkongsian dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Insya-Allah di lain masa saya kongsikan cerita-cerita yang lebih menarik untuk menjadi manfaat buat semua.



Rujukan : 357 HADIS BUKHARI-MUSLIM MENUJU KESEMPURNAAN SOLAT

(Hambali Abdul Wajid)

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...