Monday, February 25, 2013

Kursus bina guru siri 1



Modul 1

Corak pembelajaran murid


1)      Konsep pembelajaran
-          Pembelajaran merupakan satu proses manusia mempelajari sesuatu . Pembelajaran  mempunyai beberapa peringkat yang bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran dan di akhiri dengan perubahan tingkah laku.
-          Pada asasnya, konsep pembelajaran yang berlandaskan teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada 4 mazhab yang utama iaitu mazhab behavioris, kognitif, social dan humanis.


1.1   Mazhab Behavioris
-          Berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan daya perubahan tingkah laku.
-          Menurut kajian dalam aliran ini, tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Proses pembelajaran
 ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
-          Kajian melalui tikus yang diberi 3 jalan  untuk mendapatkan keju. Jalan yang pertama ialah jalan yang ada perangkap dan jalan yang kedua ialah jalan yang ada halangan yang lain dan jalan yang ketiga ialah jalan yang ada sampah-sampah.  Tikus tersebut memilih jalan yang ada perangkap dan mati. Setelah itu dilepaskan tikus yang kedua. Tikus itu memilih jalan yang pertama dan melihat kawannya mati dan patah balik dan memilih  jalan kedua yang ada banyak halangan dan akhirnya tikus itu pergi memilih jalan yang terakhir dan akhirnya tikus tersebut dapat makan keju.

1.2   Mazhab kognitif
-Berpendapat  bahawa pembelajaran ialah sesuatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung dalam tingkah laku manusia.
- Dengan memahami objektif pembelajaran barulah manusia itu akan mempelajari sesuatu.
-Harus ada objektif yang hendak di capai semasa mengajar dalam kelas.


1.3   Mazhab sosial
-Tokoh dalam mazhab ini menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan, iaitu melalui proses pemerhatian dan peniruan.
-Murid akan meniru gaya guru dengan melihat tingkah laku guru semasa mengajar dalam kelas.


1.4   Mazhab Humanis
-Berpendapat pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaanya.


2)      Teori pembelajaran
- Teori ini merujuk prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan.
-Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara murid-murid belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.


2.1  Teori Pelaziman Klasik Parlor (Mazhab Behavioris)
-Pertama kali dikaji oleh seorang ahli Sains Rusia bernama Ivan .P.Parlor (1849-1936). Tentang seekor anjing yang diberi makanan setiap bunyi lonceng dan anjing tersebut menjelirkan lidahnya . Namun apabila bunyi loceng tapi tidak diberi makanan anjing tersebut tetap menjelirkan lidah untuk menunjukkan isyarat hendak makan makanan.
- Dalam pembelajaran murid, teori pelaziman ini menunjukkan bahawa murid belajar melalui pengalaman daripada proses rangsangan dan respon. Misalnya kita ingin mengajar kanak-kanak berumur empat tahun mengenal huruf Alif. Dengan menyebut dan menunjukkan paparan huruf Alif secara berulang kali akan dapat mengenalkan murid tersebut dengan huruf Alif. Akhirnya apabila murid melihat paparan huruf berlainan (rangsangan), murid sudah boleh menyebut huruf Alif dengan betul dan fasih(respon)


2.2  Teori Pelaziman Skinner (Mazhab behavioris)
- Menurut skinner (1930), tingkah laku merupakan gerak balas yang dihasilkan daripada diri sendiri tanpa wujud sesuatu rangsangan.
-Dalam pembelajaran murid, teori ini menyatakan bahawa sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.


2.3 Teori Pembelajaran kognitif konler (Mazhab kognitif)
-Wolfgang kohler (1887-1967) dan kari koffka (1886-1941) adalah dua orang ahli psikologi German yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ke -20. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cimpanzi mula gunakan cara melompat-lompat, tetapi gagal mendapat pisang itu. Tiba-tiba dapat melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak dengan mendapatkan pisang tersebut.  Dalam pembelajaran murid, teori ini memberitahu kita bahawa seseorang murid itu mampu menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Guru hanya perlu menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. Guru digalakkan membimbing murid menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal dan praktikal/amali.


2.4 Teori Pemodelan Bandura (Mazhab Sosial)
-Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan. Beliau telah mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui proses pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, hasil pembelajaran dan peneguhan/motivasi.
-Dalam pembelajaran murid, teori ini menyatakan bahawa seseorang murid itu belajar dengan meniru nilai-nilai atau watak-watak yang ada di hadapannya. Oleh itu, disarankan guru mengambil peluang ini untuk menerapkan nilai-nilai dan watak-watak dalam diri murid-murid.


2.5 Pembelajaran menurut Imam-al-Ghazali
-Teori pembelajaran Imam al-Ghazali  (1058-1111) dapat dipelajari menerusi sentuhannya dalam kitab Ihya Ulumuddin. Imam al-Ghazali tidak menggunakan haiwan,manusia ataupun sebarang objek sebagai model. Sebaliknya ia kembali kepada al-Quran dan tujuan penciptaan manusia. Menurutnya pembelajaran manusia itu merujuk kepada hati manusia itu sendiri. Dengan mendiagnosis hati manusia barulah pengajaran terhadapnya dapat dijalankan dengan kaedah Islam. Penyakit hati yang dinyatakan ialah banyak makn,banyak bercakap, marah, hasad, bakhil, cintakan kemegahan, cintakan dunia, bangga diri, ujub (hairan diri) dan riya’ (menunjuk-nunjuk). Sifat –sifat mazmumah ini mesti diubati agar berubah menjadi sifat-sifat mahmudah. Kedua-dua sifat ini akan mewarnai tindakan dan tingkah laku manusia.


3)      Proses atau peringkat pembelajaran
Manusia menggunakan organ deria untuk memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka. Bermula dengan:
1)      Rangsangan –rangsangan dari persekitaran ,kemudian
2)      Organ-organ deria manusia digunakan untuk memilih rangsangan-rangsangan yang sesuai,kemudian
3)      Di proses dalam otak untuk
4)      Menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan
5)      Seterusnya diamalkan dalam sesuatu situasi yang sepadan. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran bolehlah diperlihatkan sebagai
6)      Perubahan tingkah laku manusia


3.1 Kesediaan  belajar
Kesediaan  belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor,emosi dan kematangan pelajar untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Seseorang individu tidak boleh di paksa untuk belajar sesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesedian belajar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah minat dan sikap, motivasi dalaman dan kemahiran asas/pengalaman.

Modul 2


Kemahiran pengajaran guru


1-      Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengatahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada  pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.


2-      Model-model pengajaran


2.1  Model Ekspositori
- Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci yang disampaikan secara langsung kepada murid-murid di dalam  kelas. Cara pengajaran adalah melalui penerangan, bercerita atau demontrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
- Dalam model ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.


2.2  Model  Proses Pengajaran
-Le Francois (1992) mentafsirkan pengajaran sebagai proses yang merangkumi tiga peringkat iaitu (1) peringkat sebelum pengajaran, (2) semasa pengajaran dan (3) selepas pengajaran.
Peringkat
Proses pengajaran
Keterangan
1
Sebelum pengajaran
-menentukan objektif dan maklumat.
-menentukan kesediaan pelajar.
-menentukan strategi pengajaran.
-menilai semula.
2
Semasa pengajaran
-melaksanakan strategi dan prosedur pengajaran.
3
Selepas pengajaran
-menilai semula keberkesanan strategi pengajaran.
-menentukan semula kesediaan pelajar.
-membuat pengubahsuaian.

2.3 Model  inkuiri
-Model ini merangkumi segala proses soal selidik atau kaji selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan. Contohnya “ bagaimana untuk mengatasi masalah sampah di sekolah?”


2.4 Model projek
-Model ini di jalankan selepas murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Misalnya, selepas murid-murid telah mempelajari riwayat hidup seekor katak, mereka boleh diberi projek memerhati dan merekodkan kelahiran anak katak dengan mengumpulkan telur atau berudu dalam kolam yang terdapat di alam sekitar.  Dengan menjalankan kerja projek ini, murid-murid akan dapat memperoleh pengalaman yang lebih luas, mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, jasmani dan social serta memperkukuhkan kemahiran-kemahiran yang mereka baru menguasai.


3-      Strategi pengajaran
-Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan pelajaran yang telah ditentukan dengan berkesan.
Klasifikasi strategi pengajaran adalah seperti berikut:
Bil
Strategi pengajaran
Keterangan kaedah dan Teknik
1.
Pemusatan Guru
Penerangan, demonstrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan, bercerita.
2.
Pemusatan Murid
Projek, inkuiri- penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, sumbangsaran, pembelajaran melalui pengalaman.
3.
Pemuatan Bahan
Audio-visual, penggunaan komputer , pengguanaan bahan cetak, modul, pengguanaan buku teks.
4.
Berasaskan Tugasan/Aktiviti
Melibatkan gerak kerja guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran, contoh, aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.(kotak beracun)

4-      Pendekatan mengajar
-          Dalam pendidikan ia bermaksud cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Pendekatan yang biasa diamalakan di sekolah-sekolah adalah seperti berikut:-
                                 i.            Penggabung jalinan beberapa kemahiran di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Contoh kemahiran adalah seperti membaca, menulis, menghurai, mengira,mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.(apa pandangan anda tentang….)
                               ii.            Penyerapan isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya penyerapan mata pelajaran sains dan matematik dalam pendidikan Islam.
                              iii.            Pengajaran induktif iaitu memulakan pengajaran dengan memberi beberapa contoh yang khusus. Kemudian minta murid-murid memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh tersebut. Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat membuat kesimpulannya sendiri.
                             iv.            Pembelajaran koperatif iaitu murid-murid belajar secara kerja sama. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk berbincang  menyelesaikan masalah atau menyelesaikan tugasan yang ditentukan oleh guru.

5-      Teknik Mengajar
-          Teknik mengajar merujuk kepada kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik mengajar yang menyeronokkan ialah:-
5.1 Belajar sambil bermain
5.2 Bercerita
5.3 Penyelesaian masalah
5.4 Perbincangan
5.5 Sumbangsaran
5.6 Demonstrasi
Kesemua aktiviti ini memerlukan kemahiran yang tersendiri agar dapat di jalankan dengan cara yang menarik dan berkesan.


Pengajaran –pengajaran lain:-
-          Banyakkan peneguhan
-          Banyakkan motivate
-          Contoh aktiviti (bangun duduk,bangun duduk,angkat tangan, kanan dan kiri)


Bagi guru-guru yang mengajar di sekolah, saya ingin kongsikan sedikit teknik-teknik mengajar murid-murid, semoga dengan ini dapat memperbaiki mutu pembelajaran kita semasa mengajar dalam kelas. Ini juga berguna untuk sesiapa yang ingin menjadi seorang guru..semoga bermanfaat..









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...