NASAB DAN KELUARGA BESAR NABI
Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muththalib (nama
aslinya; Syaibah) bin Hasyim (nama aslinya: 'Amru) bin 'Abdu Manaf (nama
aslinya: al-Mughirah) bin Qushai (nama aslinya: Zaid) bin Kilab bin Murrah bin
Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr (julukannya: Quraisy yang kemudian suku ini
dinisbatkan kepadanya) bin Malik bin an-Nadhar (nama aslinya: Qais) bin Kinanah
bin Khuzaimah bin Mudrikah (nama aslinya: 'Amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar
bin Ma'add bin Adnan.
(dari urutan nasab diatas hingga ke atas Adnan) yaitu,
Adnan bin Adad bin Humaisa' bin Salaaman bin 'Iwadh bin Buuz bin Qimwaal bin
Abi 'Awwam bin Naasyid bin Hiza bin Buldaas bin Yadlaaf bin Thaabikh bin Jaahim
bin Naahisy bin Maakhi b in 'Iidh bin 'Abqar bin 'Ubaid bin ad-Di'aa bin
Hamdaan bin Sunbur bin Yatsribi bin Yahzan bin Yalhan bin Ar'awi bin 'Iidh bin
Diisyaan bin 'Aishar bin Afnaad bin Ayhaam bin Miqshar bin Naahits bin Zaarih
bin Sumay bin Mizzi bin 'Uudhah bin 'Uraam bin Qaidaar bin Isma'il bin Ibrahim
'alaihimassalam.
KEHIDUPAN
BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL
Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling
mulia. Manakala Quraisy
pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan
berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di
kalangan bangsa Arab.Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di
kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka
terhadap Nabi s.a.w.
Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas
kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka
tetapi bukan dalam isu keturunan.
Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda,
Abdullah telah meninggal
dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua
bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal
dunia.
Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.telah merasai pahit
maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,Baginda telah
dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk
Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh
bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.
Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman
kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda
membesar dengan tubuh yang kuat,jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa
yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil
usianya.
Pada awal
remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah
dengan bayaran upah beberapa qirat
(1/24 dinar).
Kemudian,
apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk
Khadijah binti
Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran
upah.
Baginda s.a.w.
tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah
dalam
bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat
dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar,
semasa usia remajanya,Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah
rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya.
Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.Baginda hanya terjaga setelah matahari
panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala,
makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak
pernah bercakap celupar dan berkata kesat.
Sejak Baginda
mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan
pandangan yang
bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti
yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan
dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya
dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila
pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka
bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak
Hajarul Aswad ke tempatnya.
Setiap kabilah
ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka
saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk
kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu
Masjidil Haram) sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki
masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat
Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami
rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan
tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang
dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya,
kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu.
Baginda kemudiannya
menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya
dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya
ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan
daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan
akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.
Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidupmengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilahyang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepadaBaginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripadakaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian.
Kata-kata ini
beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan
menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak
sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali- kali menghina kamu. Kamu menghubungkan
silaturrahim, membela pihak yang lemah,memberi pendapatan kepada yang tidak
berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."Baginda
bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara
Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun,
sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan
ini ialah kota Busra di Syam.
Dalam kedua-dua
perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan
negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.Beberapa
tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada
Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah
dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama
sebulan (iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan) kerana memikirkan tanda-tanda
kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga
datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.
Sumber Rujukan:
SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
PENGAJARAN & PEDOMAN
Dr.
Mustafa as-Syibaie
SIRAH NABAWIYAH
Syaikh Shafiyyur-Rahman Al-Mubarakfury
Sumber
: Kitab Ar-Rahiqul Makhtum
Read More......