Monday, December 3, 2012

Rabi’atul adawiyah Serikandi Islam



Pinangan yang datang silih berganti


Rabi’atul al-Adawiyah adalah seorang wanita yang cintanya hanya kepada Penciptanya sahaja, iaitu Allah S.W.T.

Beliau juga telah memutuskan untuk tidak berumah tangga sampai bila-bila. Ini kerana, beliau tidak mahu ada perkara yang boleh mengurangkan ibadahnya kepada Allah S.W.T.

Cinta di hatinya adalah sepenuhnya untuk Allah S.W.T sahaja tiada yang lain.

Boleh sahaja beliau menerima pinangan lelaki dan menjadi seorang isteri, yang mana lelaki yang memiliki beliau beroleh dua keistimewaan iaitu kecantikannya dan ketaatannya beragama.

Beliau telah sekian lama berpasangan dengan hidayah dan bersanding dengan ilham. Masih perlukah beliau seorang suami, sedangkan ketakwaan dan kesucian yang dimilikinya telah menjadikan dirinya amat dibangga-banggakan para malaikat?. Bahkan malaikat jauh lebih mengutamakan beliau berbanding dengan kebanyakan lelaki.

Meskipun penduduk Basrah sudah tahu bahawa beliau seorang yang zuhud dan tidak mementingkan keseronokan dunia, namun mereka yang ingin melamar beliau terus datang silih berganti dan beliau menolak pinangan mereka semua.

Di antara orang yang datang melamar beliau ialah Raja Basrah, Muhammad bin Sulaiman al-Hasyimi. Dengan lamaran seorang Raja ini pun telah di tolak oleh beliau.

Walaupun, beliau tahu sekiranya menjadi pemaisuri Raja Basrah, sudah tentu hidupnya akan di kelilingi kemewahan, kedudukannya di sanjung dan dihormati dan tersedia makanan yang lazat-lazat di dalam istana.

Inilah yang membuat masyarakat semakin kagum terhadap prinsip yang di pegang beliau. Dan inilah doa yang beliau amalkan dan menjadi pegangan hidupnya:”Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada segala yang menyibukkanku untuk menyembah-Mu, atau daripada segala penghalang yang merenggangkan aku dari- Mu.”

Mengapa menolak perkahwinan

Kita telah mengetahui bahawa Rabi’atul al-Adawiyah telah menolak semua lamaran orang-orang yang mahu memperisterikannya.

Adakah beliau menolak perkahwinan? . Sudah pasti ada rasia di sebalik tindakan dan sikapnya yang teguh itu.

Ada seorang ulama’besar yang terkenal dengan kezuhudannya bernama al-Hasan al-Bashri adalah juga seorang lelaki yang menolak untuk berkahwin sepanjang hayatnya sama seperti beliau.

Di suatu majlis, ulama besar yang warak dan zuhud ini bertanya kepada beliau:” Wahai Rabi’ah, adakah engkau akan berkahwin?” Rabiah menjawab: “Kahwin itu penting bagi orang yang mempunyai pilihan. Sedangkan saya tidak mempunyai pilihan, kerana saya sudah bernazar dan menetapkan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhanku! Saya telah memutuskan untuk hidup di bawah perintah-perintah-Nya.

Jawapan beliau itu menggoncangkan hati al-Hasan al-Basri, dan ini membuatnya kagum dan bertanya lagi:”Bagaimana anda dapat mencapai darjat setinggi ini, wahai Rabiah?. Rabiah menjawab ringkas:”semuanya saya perolehi dengan memerangi hawa nafsu dan memeranginya.”

Orang ramai juga hendak mengetahui mengapa beliau menolak perkahwinan. Pada suatu hari mereka bertanya kepada Rabi’ah: “ Mengapa anda tidak berkahwin, wahai Rabi’ah?”

Tanpa berfikir panjang , Rabi’ah menjawab:”Ada tiga masalah yang menyebabkan saya berduka-cita, sekiranya ada orang yang sanggup menyelamatkan saya daripadanya, saya akan berkahwin.””Apakah yang tiga itu, wahai Rabi’ah,” tanya mereka.

Dia menjawab:”pertama, ketika saya menemui maut,adakah saya sanggup mengadap Allah dengan mengekalkan kesucian iman saya? Kedua, apakah buku tulisan amalan saya diberikan deripada tangan kananku pada hari kiamat? Dan ketiga, apabila hari berbangkit tiba, orang-orang baik telah dihantar ke syurga, dan orang-orang celaka di hantar pula ke neraka. Maka daripada golongan manakah saya di antara kedua-duanya?”

Ketiga-tiga masalah yang ditakuti Rabi’ah ini termasuk ke dalam masalah ghaib yang tidak diketahui melainkan oleh Allah S.W.T. Oleh itulah maka orang-orang yang hadir di situ terdiam seketika kemudian berkata:”Kami tidak mengerti sama sekali apa sebenarnya yang anda maksudkan, wahai Rabi’ah?”

Rabi’ah menjawab:”Kalau saya sudah berduka-cita terhadap ketiga-tiga perkara itu, maka apakah mungkin saya memerlukan seorang suami, suami yang waktu-waktuku menjadi sebahagian haknya?”.

Bersama malaikat di langit

Setelah setahun kewafatan Rabi’atul al-Adawiyah, masyarakat selalu bercerita tentang mimpi-mimpi mereka melihat beliau.

Sebahagian daripada mimpi-mimpi mereka itu ialah mimpi Abdah binti Abi Syawwal . Di dalam mimpinya Abdah bertanya kepada Rabi’ah: “Katakanlah kepada saya amalan yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah, wahai Rabi’ah.”Rabiah menjawab:”perbanyakkanlah berzikir, kerana zikir itu akan membahagiakanmu di dalam kubur.”

Kita telah melihat betapa beliau menjauhi kesenangan dunia, kerana dunia ini, dalam pandangannya, tidak lebih daripada harga sayap lalat.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang guru, yang mempelajari para ulama dan memperbaiki keadaan para salihin.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...