Sunday, December 30, 2012

Pengalaman saya 1


Kem bina insan guru


Di antara aktiviti –aktiviti yang diadakan:-

1. Bahtera Nuh

2. Qurban


3. Ukhuwah

4. Hijrah

5. Percaya

6. Gerak Hati

7. Reka cipta 

8. Kesebatian

9. Jom berkampung

10. Surviver cooking

11. Night working

12. Menara maruah


1)Bahtera Nuh

Cara-cara permainannya:-

- Dua orang peserta di kehendaki mengambil botol yang di apongkan ditasik dengan menggunakan bot dan pendayungnya.

-Setiap botol mengandungi ayat –ayat dalam satu surah dalam Al-Qur’an yang perlu di hafal oleh setiap peserta dalam kumpulan tersebut.

-Semua botol yang di apongkan ada 13 botol yang perlu di ambil oleh perserta dalam kumpulan tersebut secara bergilir-gilir.

Pengajarannya:-

-Setiap dari kita harus mengamalkan Al-Qur’an di mana pun kita berada, ini kerana Al-Qur’an adalah kitab yang di turun oleh Allah kepada manusia sebagai petunjuk hidup didunia ini. Kita boleh mengamalkan Al-Qur’an dengan membacanya dan menghafalnya. Jika bacaan kita kurang betul, belajarlah tajwid Al-Qur’an dari orang yang mahir dalam bidang Al-Qur’an ini. Diharap dengan ini kita dapat mengamalkan Al-Qur’an dalam kehidupan seharian kita.

2) Qurban

Cara-cara permainannya:-

-Ada 3 batang kayu yang harus dilalui oleh setiap peserta .

-Setiap batang kayu itu tidak boleh dilangkah sebab jaraknya jauh antara satu sama lain.

-Peserta dikehendaki berfikir bagaimana cara untuk melaluinya tanpa menyentuh tanah.

-Qurban ada 2 iaitu secara sukarela dan paksa.

-Ada peserta yang mengorbankan jam,topi dan gelang mereka secara sukarela dan diberi 2 batu bata untuk menyambungkan antara batang kayu tersebut .

-Ada peserta yang diminta berkorban secara paksa dengan memberikan gelang dan rantai emas mereka untuk disedekahkan kepada anak yatim dan 1 batu lagi diberikan untuk menyambungkan antara 3 batang kayu tersebut.

-Semua peserta dalam kumpulan tersebut perlu melalui perjalanan di atas kayu dan batu tersebut tanpa memijak tanah.

Pengajarannya:-

-Cuba kita tengok bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim ketika dia diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan isterinya Sarah dan anaknya Ismail di tanah yang tandus. Disebabkan pengorbanan itu dari jari kaki Nabi Ismail keluarlah air Zam-zam yang dapat kita minum sehingga hari ini. Lakukanlah pengorbanan mungkin pergorbanan itu kita akan diingati oleh orang lain sampai bila-bila.Harta tidak bermakna apa-apa jika kita kehilangannya. Mana kita lebih sayang dengan memberikan jam tangan ataupun memberikan tangan kita. Kalau Allah bukan ambil jam tangan, tapi ambil tangan kita. Renung-renungkan lah…

3) Ukhuwah

Cara-cara permainannya:-

-Ada 3 petak bermula dari besar ke kecil

-Setiap peserta di minta memasukkan kaki 15,14,13 kaki daripada petak paling besar ke kecil.

Pengajarannya:-

-Kita dapat mengeratkan ukhuwah secara bersentuhan antara satu sama lain semasa memasukkan kaki ke dalam petak tersebut. Dan dari situ kita dapat lagi mengenali antara satu sama lain dan bantu-membantu dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam kehidupan kita.

4) Hijrah
Cara-cara permainannya:-

-Peserta diminta memindahkan tayar dengan mata tertutup dan di arahkan oleh peserta lain yang matanya tidak tertutup.

Pengajarannya:-

-Kita harus peka dengan arahan kawan yang mengarahkan kita ke mana saja kita diarahkan.

-Seperti kita berhijrah di tempat orang, kita harus menghadapi situasi di sana walaupun bukan dari kemahuan kita sendiri.

5) Percaya

Cara-cara permainannya:-

-Peserta diminta melintas tali dan di bawahnya ada tasik.

Pengajarannya:-

-Kita harus percaya kepada diri sendiri walaupun perkara itu mustahil untuk dilakukan.

6) Gerak Hati

Cara-cara permainannya:-

-Peserta diminta berjalan di petak yang menyambungkan puzzle yang perlu di sambungkan mengikut gerak hati.

Pengajarannya:-

-Kita harus mengikut gerak hati dan biasanya kita akan berada di jalan yang betul, daripada mendengar kata-kata orang lain.

7) Reka cipta

Cara-cara permainannya:-

- Setiap kumpulan dikehendaki membuat binaan melalui bahan-bahan makanan mentah dengan membuat kuliah pendidikan,rumah,sekolah dan masjid.

- Dan binaan tersebut akan dirobohkan.

Pengajarannya:-

-Tidak guna kalau buat binaan kuliah pendidikan,kalau pelajar malas belajar dan tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran cohtohnya datang lambat ke kelas.

-Tidak guna kalau buat binaan rumah tetapi orang di dalam rumah tersebut tidak mengamalkan Al-Qur’an dan bangun pagi lambat.

-Tidak guna kalau buat binaan sekolah guru-gurunya tidak bersungguh-sungguh mengajar untuk memastikan anak muridnya berjaya.

-Tidak guna kalau buat binaan masjid tetapi tidak ada orang yang hendak beribadah di dalamnya.

-Fikir-fikirkanlah…..

8) Kesebatian
Cara-cara permainannya:-

-Peserta diminta menggunakan surat khabar untuk mengangkat cawan yang berisi air dan bola pingpong.

-Kemudian, peserta diminta memasukkan bola pingpong itu ke dalam bekas.

-Setelah itu, peserta diminta mengisi air dalam bekas yang mengandungi bola pingpong sehingga bola pingpong itu jatuh ke tanah.

Pengajarannya:-

-Kita perlukan usaha yang gigih untuk berjaya contohnya kita ingin melihat anak murid kita berjaya sudah tentu memerlukan usaha yang gigih dan kita akan seronok melihat anak murid kita cemerlang dalam pelajaran setelah kita bertungkus-lumus dalam mengajar mereka.

9) Jom berkampung

Cara-cara permainannya:-

-Peserta diminta mencari 2 buah rumah untuk diinterview dan memberikan bantuan bagi mereka yang kesusahan sebagai praktikal daripada permainan Qurban.

Pengajarannya:-

-Kita dapat melihat orang yang susah dalam mengahadapi kehidupan didunia ini. Jadi berilah bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tidak rugi kita beri bantuan kepada mereka bahkan kelak Allah akan beri banyak ganjaran kepada kita di akhirat nanti.

10) Surviver cooking

Cara-cara permainannya:-

-Peserta diberi ayam yang hidup dan harus disembelih, ikan patin, beras dan rempah-rempah.

-Peserta diminta memanggang ayam dan ikan patin dan masak nasi mengguanakan air dalam kelapa muda dan dihidangkan dengan membuat hiasan yang cantik untuk dinilai oleh juri.

-Kemudian, ada sesi penukaran makanan untuk setiap kumpulan iaitu mereka diminta memakan makanan yang dimasak oleh kumpulan lain.

Pengajarannya:-

-Kita dapat pelajari kesusahan orang dahulu untuk memasak seperti menggunakan bara api dan air sungai.

- Semasa diminta menukar makanan dan belum sempat kita meminta kebenaran kumpulan yang memasak makanan tersebut kita telah memakannya dahulu. Disini kita dapat pelajari ,janganlah kita makan makanan sembarangan kerana itu akan jadi darah daging keturunan kita.

11) Night working

Cara-cara permainannya:-

-Peserta diminta memanggil Hud-hud (dimana engkau) dan akan ada yang menyahut Hud(saya di sini)

-Peserta diminta jalan berseorangan dan akan dikumpulkan dalam satu kumpulan.

-Peserta diminta menutup mata sambil berjalan hingga sampai ke tempat yang ditujui.

-Peserta diikat dalam kumpulan sambil berjalan bersama-sama dengan memanggil hud-hud secara beramai-ramai.

-Setelah itu, peserta diminta merentas tasik dengan menyebut Allahu Akbar.

-Setelah mendengar azan , semua peserta dikehendaki bersujud dan berdoa moga diampunkan dosa-dosa oleh Allah dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang lain.

Pengajarannya:-

-Kita dapat bermuhasabah diri kerana kita banyak melakukan kesalahan seperti membenci antara satu sama lain dan kita hendaklah minta maaf kepada semua orang yang kita pernah sakitkan hatinya. Kita tidak tahu berapa lama lagi kita hidup didunia ini.

12) Menara maruah
Cara-cara permainannya:-

-Semua peserta diminta menyambungkan batang paip dan menegakkannya dengan menggunakan tali dan dipegang oleh orang sekelilingnya.

-Bahagian bawah paip disambung dengan batang paip seterusnya sehingga menjadi menara maruah kita.

Pengajarannya:-

-Sambungan antara paip amat penting kerana ia melambang tali silaturahim antara satu sama lain untuk memastikan menara tersebut tidak runtuh kerana ia melambangkan kasih sayang. Sebagai contoh kalau ada rumah besar tetapi tidak ada kasih sayang antara suami isteri tidak guna juga kerana tidak dapat mencapai kebahagian rumah tangga.

Pengajaran lain:-

Kita memang payah untuk melakukan suatu budaya yang baik dalam masyarakat tetapi kita mudah sekali untuk memusnahkannya supaya menjadi budaya yang tidak baik seperti lilin mengambil masa untuk menghidupkannya tetapi hanya sekejap saja kita boleh memadamkannya.


Kesimpulannya, semoga dari pengalaman saya menghadiri kem bina insan guru ini, dapatlah memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada sidang pembaca sekalian. Buatlah bersungguh-sungguh bidang perkerjaan kita walau apa pun bidang yang kita ceburi. Kita akan melihat hasilnya di hari kemudian kelak. Suburkan kasih sayang antara hubungan suami isteri semoga menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Jadilah insan yang bermanfaat kepada orang lain dan ubahlah diri menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...